[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Pakatan Alternatif Mantap Di Sarawak

Date: 08 Aug 1999
Time: 20:18:03
Remote User: -

Comments

PARTI PEMBANGKANG SARAWAK BENTUK PAKATAN

KUCHING, 8 Ogos (Bernama) -- Tiga parti pembangkang di Sarawak bersetuju membentuk pakatan bagi menafikan kemenangan mutlak Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, Parti Keadilan Nasional (Keadilan), DAP dan Parti Reformasi Negeri (STAR) bersetuju membentuk jawatankuasa pemilihan bagi memutuskan pembahagian kerusi.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh pengerusi DAP Sarawak Wong Sing Nang, Pengerusi Keadilan Sarawak Yusuf Abdul Rahman dan Presiden Star Dr Patau Rubis.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat pertamanya semalam, jawatankuasa itu akan hanya memilih calon yang boleh memenangi kerusi itu tanpa mengira parti yang diwakilinya.

Pakatan pembangkang itu juga akan membentuk sekretariat media yang akan dikendalikan oleh wakil daripada ketiga-tiga parti itu bagi mengeluarkan kenyataan akhbar. -- BERNAMA


Last changed: August 08, 1999