[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Pak Lah Merepek Di Klang

Date: 08 Aug 1999
Time: 20:27:11
Remote User: -

Comments

Ulasan:

PAK LAH TERUS MEREPEK DI KLANG SEMALAM...

"Pada masa ini memang ada pelbagai spekulasi dan andaian, tetapi (langkah) ini bersamaan dengan tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan pada peringkat awal untuk memulihkan ekonomi," katanya.

YANG NAK DIPULIHKAN ADALAH EKONOMI KRONI BUKAN RAKYAT.

"Kita sentiasa berfikir dan berusaha bagaimana kita boleh memusatkan pembangunan negara melalui pendekatan yang boleh memesatkan lagi sektor tertentu," katanya.

SETELAH 42 TAHUN MEMERINTAH, PENDEKATAN KERAJAAN BARISAN NAJIS TETAP TERUK KHUSUSNYA DASAR PENGSWASTAAN.

"Kerajaan BN adalah kerajaan yang stabil, yang ada muafakat yang elok di kalangan parti-parti komponennya," katanya.

RAKYAT TIDAK BOLEH TERIMA PANDANGAN INI KERANA BANYAK ADEGAN-ADEGAN YANG MELUCUKAN. MEREKA MENIKAM DAN MELIWAT KAWAN SENDIRI.

"Persengketaan di kalangan parti-parti pembangkang yang sedang cuba mewujudkan pakatan tidak disenangi rakyat," katanya.

INI SATU PEMBOHONGAN KERANA RAKYAT SENANGI PAKATAN ALTERNATIF.

JELAS PAK LAH TIDAK BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA.

============================================================================================================================== TIADA MUSLIHAT DI SEBALIK PENGGABUNGAN BANK, KATA ABDULLAH

KLANG, 8 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tidak ada sebarang motif atau muslihat di sebalik tindakan kerajaan untuk menyatukan bank-bank tempatan di negara ini.

Katanya, usaha itu untuk mengukuhkan lagi sektor perbankan bagi membolehkan bank-bank tempatan berupaya bersaing dengan bank asing di negara ini.

"Pada masa ini memang ada pelbagai spekulasi dan andaian, tetapi (langkah) ini bersamaan dengan tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan pada peringkat awal untuk memulihkan ekonomi," katanya kepada pemberita pada waktu rehat kejohanan amal golf Barisan Nasional Selangor bagi mengutip derma tabung Kosovo di Golf and Country Club di Kota Permai, Bukit Kemuning, dekat sini hari ini.

Abdullah berharap rakyat akan meletakkan keyakinan terhadap kerajaan dalam usahanya mengukuhkan lagi sektor perbankan di negara ini.

Kerajaan, katanya, sentiasa berusaha untuk memastikan pencapaian matlamat wawasan 2020 menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

"Kita sentiasa berfikir dan berusaha bagaimana kita boleh memusatkan pembangunan negara melalui pendekatan yang boleh memesatkan lagi sektor tertentu," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan mahu melihat bank-bank tempatan memainkan peranan dinamik yang boleh memberi kemudahan bagi membantu menggiatkkan usaha pembangunan.

Pertubuhan bukan kerajaan, individu tertentu dan pihak luar telah menimbulkan keraguan dengan pendekatan pemulihan ekonomi negara tetapi Malaysia telah dapat membuktikan kejayaan memulihkan ekonominya.

Abdullah juga berkata rakyat perlu terus memberi sokongan yang kuat kepada kerajaan BN untuk meneruskan usaha pembangunan yang sedang berjalan pesat sekarang.

"Kerajaan BN adalah kerajaan yang stabil, yang ada muafakat yang elok di kalangan parti-parti komponennya," katanya. Beliau yakin rakyat akan terus memberi sokongan kepada BN dan menolak pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

"Persengketaan di kalangan parti-parti pembangkang yang sedang cuba mewujudkan pakatan tidak disenangi rakyat," katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 08, 1999