[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Mahasiswa Sabah Tidak Sokong BN

Date: 08 Aug 1999
Time: 20:33:42
Remote User: -

Comments

Ulasan:

PERMINTAAN OSU INI MEMBUKTIKAN ADA KALANGAN ANAK SABAH YANG TIDAK SOKONG BN.

"Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk membiayai pengajian pelajar dan sewajarnya anda sekalian menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan," katanya

INI TUGAS KERAJAAN YANG DIPILIH RAKYAT. JADI TUNTUT RAKYAT SOKONG BN. ITU HAK MEREKA.

"Usaha untuk memajukan sektor ini memerlukan belanja yang banyak serta sumber tenaga mahir yang mencukupi," katanya.

TAK PAYAH CAKAP INI RAKYAT SUDAH TAHU. DAN RAKYAT JUGA MAMPU MEMILIH KERAJAAN YANG BAIK.

"Sebagai contoh kemasukan pelajar ke IPT semakin bertambah dan saudara-saudari yang hadir pada perjumpaan hari ini adalah antara hasil kesejahteraan hidup yang dinikmati oleh ibu bapa anda di Sabah," katanya.

TAPI PELAJAR JUGA MELIHAT CONTOH-CONTOH BURUK KERAJAAN BN YANG RASUAH.

MAKA JELASLAH BAHAWA OSU CUBA MERACUNI FIKIRAN PELAJAR SUPAYA SOKONG BN. INI TIDAK BETUL.

==============================================================================================================================

OSU MINTA MAHASISWA SABAH TUMPU PADA PELAJARAN

KOTA KINABALU, 8 Ogos (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Osu Sukam hari ini meminta semua pelajar dari Sabah yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi agar menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan tidak membabitkan diri dengan kegiatan merugikan.

Sebaliknya, kata beliau, peluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPT perlu dihargai sepenuhnya dengan cara memastikan yang mereka cemerlang dalam pelajaran.

"Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk membiayai pengajian pelajar dan sewajarnya anda sekalian menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan," katanya pada pertemuan dengan pelajar Sabah di IPT kawasan utara di Alor Setar hari ini. Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini.

Osu turut menyentuh mengenai langkah kerajaan Sabah memulihkan ekonomi negeri itu dengan menggerakkan sektor berkaitan eksport serta membangunkan industri baru seperti pembuatan, eko-pelancongan, perikanan dan penggunaan sumber asli tempatan.

"Usaha untuk memajukan sektor ini memerlukan belanja yang banyak serta sumber tenaga mahir yang mencukupi," katanya.

Kerana itulah sumber tenaga manusia yang ada di Sabah perlu ditingkatkan daripada segi mutu sejajar dengan kemajuan dalam teknologi terkini agar sumber tenaga itu dapat menyumbang kepada usaha kerajaan membangunkan Sabah.

Beliau juga berkata tahap kemajuan ekonomi dan sosial yang dinikmati Sabah ketika ini jauh lebih baik berbanding pada masa lepas.

"Sebagai contoh kemasukan pelajar ke IPT semakin bertambah dan saudara-saudari yang hadir pada perjumpaan hari ini adalah antara hasil kesejahteraan hidup yang dinikmati oleh ibu bapa anda di Sabah," katanya.

Kepimpinan kerajaan negeri akan terus memastikan supaya hubungan erat dengan kepimpinan kerajaan Persekutuan akan berkekalan bagi kesejahteraan yang dinikmati sekarang berterusan, kata Osu.-- BERNAMA


Last changed: August 08, 1999