[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Lagi Bukti Pilihanraya Umum Sudah Hampir.

Date: 08 Aug 1999
Time: 20:38:18
Remote User: -

Comments

Ulasan:

DUA TIGA MINGGU LAGI AKAN DIUMUMKAN PILIHANRAYA. INI SELARI DENGAN PEMERGIAN SI KEPALA TAIK KE NEGERI CINA.

"Tindakan perlu diambil serta merta dan dalam tempoh dua-tiga minggu mesti siap," kata Setiausaha Agung MCA Datuk Dr Ting Chew Peh kepada pemberita selepas merasmikan pasar baru Bemban di sini, hari ini.

"Kita telah arahkan wakil rakyat kita supaya menyelesaikan segala masalah yang masih ada di kawasan masing-masing di samping memberi penjelasan mengenai isu-isu semasa," katanya. --

BILA TELAH HAMPIR MASA PILIHANRAYA, BARULAH SIBUK NAK JUMPA RAKYAT. SEBELUM INI, MUKA PUN TAK NAMPAK.

PADA RAKYAT, ORANG-ORANG MELAYU TIDAK AKAN BERI UNDI KEPADA CALON MCA. CUKUPLAH SELAMA INI.

============================================================================================================================== JAWATANKUASA PILIHAN RAYA NEGERI DAN BAHAGIAN MCA DITUBUHKAN

BATU GAJAH, 8 Ogos (Bernama) -- MCA telah mengarahkan semua jawatankuasa perhubungan negeri supaya menubuhkan jawatankuasa pilihanraya umum peringkat negeri dan bahagian dalam tempoh tiga minggu akan datang.

"Tindakan perlu diambil serta merta dan dalam tempoh dua-tiga minggu mesti siap," kata Setiausaha Agung MCA Datuk Dr Ting Chew Peh kepada pemberita selepas merasmikan pasar baru Bemban di sini, hari ini.

Beliau berkata, jawatankuasa perhubungan itu juga telah diarahkan supaya menggerakkan bilik gerakan masing-masing terutamanya di kawasan yang ditandingi oleh MCA.

Dalam pilihan raya lepas, calon-calon MCA yang bertanding di 114 kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri berjaya memenangi 103 kerusi iaitu 31 Parlimen dan 72 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Jawatankuasa yang ditubuhkan itu nanti turut diberi tangungjawab mengumpul semua maklumat berkaitan pengundi dan pencapaian projek-projek pembangunan yang dijalankan di setiap kawasan.

Dr Ting yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, jawatankuasa itu juga akan mengkaji taburan terkini pengundi mengikut kaum di samping mengesan pengundi yang berdaftar di sesuatu kawasan itu.

Kajian terperinci itu dijangka siap dalam tempoh tiga minggu dan akan diserahkan kepada Presiden Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sama ada oleh beliau sendiri atau presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik.

Beliau turut berkata, laporan awal mengenai perkara yang sama telah diperolehi sebelum ini hasil daripada usaha anggota Parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri parti itu sejak dua tahun lepas.

Ditanya sama ada MCA mengesan sebarang masalah berdasarkan laporan awal itu, Ting berkata hanya sebahagian kecil kawasan menghadapi masalah dan ia lebih berkaitan dengan kemudahan asas dan keperluan sosial.

"Kita telah arahkan wakil rakyat kita supaya menyelesaikan segala masalah yang masih ada di kawasan masing-masing di samping memberi penjelasan mengenai isu-isu semasa," katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 08, 1999