[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Samy Berani Masuk Kawasan UMNO.

Date: 08 Aug 1999
Time: 20:42:28
Remote User: -

Comments

Ulasan:

APA YANG MENARIK MENGENAI BERITA INI ADALAH SI SAMY TIDAK YAKIN UNTUK MENANG DI KAWASANNYA. KEDUA, SEMUA KAWASAN YANG ADA AHLI PARLIMEN MIC AKAN BERMASALAH KERANA ORANG MELAYU TIDAK AKAN UNDI CALON MIC.

YANG MELUCUKAN SI SAMY YANG BUKA MAJLIS WANITA UMNO INI. MANA PERGI PEMIMPIN UMNO?

============================================================================================================================== MIC KENALPASTI KAWASAN BERMASALAH DAN BERUSAHA MENGATASINYA

SUNGAI SIPUT, 8 Ogos (Bernama) -- MIC telah mengenalpasti kawasan-kawasan pilihan raya yang bermasalah dan memerlukan perhatian yang serius daripada parti itu, kata presidennya Datuk Seri S Samy Vellu hari ini.

Beliau berkata tindakan susulan akan diambil secepat mungkin, terutama dalam membanteras berita-berita yang tidak benar yang disebarkan oleh parti pembangkang.

Sebuah jawatankuasa khas untuk mengatasi masalah tersebut telah ditubuhkan bagi memastikan usaha-usaha mengatasinya dapat dijalankan dengan secepat mungkin, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar motivasi dua hari Wanita Umno Bahagian Sungai Siput di Kem Latihan Telekuk, kira-kira 26 km dari sini.

Samy Vellu berkata MIC telah menjalankan usaha mengumpul maklumat mengenai kedudukan parti itu dan Barisan Nasional (BN) di semua kawasan pilihan raya di Semenanjung sejak dulu lagi dan telah mendapat laporan terperinci mengenainya semalam.

Untuk menambah maklumat yang ada, satu borang soalan yang lebih terperinci akan dihantar kepada semua ketua bahagian parti itu untuk mendapatkan maklumbalas daripada orang ramai di bahagian masing-masing, katanya.

Beliau berkata ini bagi memperkukuhkan lagi jentera pilihanraya parti menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi.

Samy Vellu berkata parti itu juga akan mengadakan perjumpaan dengan rakyat bagi mengatasi masalah-masalah yang mereka hadapi, dan di Ipoh dua kawasan telah dikenalpasti termasuk Buntong bagi mengadakan majlis itu.

Sementara itu, Samy Vellu juga menafikan khabar angin yang disebarkan oleh parti pembangkang yang beliau ke India untuk berjumpa sami bagi mendapatkan petunjuk siapa Perdana Menteri Malaysia.

Beliau berkata beliau ke sana untuk mendapatkan projek untuk kontraktor tempatan yang kini berjumlah lebih RM1,000 juta dan bukannya seperti parti-parti pembangkang yang ke luar negeri sama ada makan angin ataupun hanya mencari sumber pendapatan untuk parti mereka.

Katanya dalam mencari calon untuk memimpin negara tidak ada gunanya bergantung kepada bomoh tetapi pada usaha, perkhidmatan dan projek pembangunan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin itu seperti Datuk Seri DrMahathir Mohamad.

Walaupun parti PAS telah mentadbir Kelantan dengan begitu lama tapi hingga kini kejayaan pentadbirannya masih belum nampak, katanya.

Malah kerajaan PAS telah menjual hak penjualan air kepada syarikat British dan akhirnya tidak mempunyai bekalan air yang cukup untuk rakyatnya, dan terpaksa meminjam RM700 juta daripada kerajaan pusat untuk tujuan tersebut.-- BERNAMA.


Last changed: August 08, 1999