[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Cukup Sampai Di Sini

Date: 08 Aug 1999
Time: 20:47:59
Remote User: -

Comments

Ulasan

KALAU BENAR APA YANG KHALIL CAKAP INI MAKA MENGIKUT PANDANGAN RAKYAT KERAJAAN BN TELAH MELAKUKAN BANYAK KECURANGAN.

PEMERINTAHAN TERKINI BN SUDAH MENJADI KERAJAAN YANG BIADAP, CURANG DAN ANGKUH. MEREKA KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN.

PEMIMPIN MEREKA IAITU SI KEPALA TAIK TIDAK LAYAK PIMPIN NEGARA. DIA CUBA MEMBUNUH SEORANG PEJUANG NASIONALIS TULEN.

CUKUP SAMPAI DI SINI.

RAKYAT AKAN TARIK BALIK MANDAT DAN AMANAH TERSEBUT.

==============================================================================================================================

KERAJAAN BN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP MANDAT RAKYAT

BUTTERWORTH, 8 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional (BN) bertanggungjawab terhadap mandat dan amanah yang diberikan oleh rakyat dan berusaha menyambung rekod perkhidmatannya yang cemerlang itu.

Menteri Penerangan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob hari ini berkata BN merupakan sebuah parti dan kerajaan yang bertanggungjawab dan sebab itu ia sentiasa menerangkan kepada rakyat tentang dasar dan program pembangunannya.

Katanya dasar perjuangan yang diamalkan BN seperti menghormati semua kaum, agama dan kepercayaan, adat resam dan memahami perwatakan kaum, menjadikannya antara parti yang terkukuh di dunia.

Berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan di Tasik Gelugor di sini, beliau berkata BN telahpun mempunyai arah tuju yang pasti kerana mengadakan perancangan perjuangan parti dan pembangunan negara yang teliti walaupun ia didokongi pelbagai kaum yang berbeza.

Katanya keadaan ini berbeza dengan cubaan empat parti pembangkang, yang mempunyai fahaman dan ideologi yang berbeza untuk mewujudkan kerajaan alternatif sedangkan di peringkat ini mereka masih tidak boleh menyelesaikan perbezaan dan hala tuju masing-masing.

"Sampai sekarang mereka tidak boleh berkira lagi mengenai penetapan ideologi, pemimpin dan hala tuju dasar pembangunan negara, macam mana mereka hendak menubuhkan kerajaan," katanya.

Apa yang jelas, katanya, pembangkang terutama PAS mempunyai dasar-dasar yang mengelirukan rakyat dan tidak boleh diterima akal antaranya henda melelong Putrajaya, memecah-belahkan rakyat dan diskriminasi terhadap kaum wanita.

Beliau berkata kerajaan BN sentiasa bekerja untuk rakyat dan bukan melakukannya apabila hampir dengan pilihan raya sahaja seperti yang dilakukan oleh parti-parti pembangkang.

Beliau yakin rakyat dapat menilai keupayaan dan rekod kejayaan kerajaan BN dan akan terus memberikan sokongan padu kepada pucuk pimpinan sedia ada.

Katanya rakyat berbilang kaum di negara ini tidak mahu untuk berkelahi dan menimbulkan keadaan huru-hara kerana ia akan mendedahkan negara kepada kehancuran sepertimana yang diingini oleh orang asing dan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab di negara ini.

Katanya kejayaan paling utama kerajaan BN di negara ini ialah membawa pembangunan pesat dan mengimbangkan pembangunan itu di semua kawasan tanpa mengira kaum dan keturunan.-- BERNAMA


Last changed: August 08, 1999