[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Zaharah Akan Dipancung

Date: 08 Aug 1999
Time: 21:18:52
Remote User: -

Comments

Ulasan

INI SEMUA MAINAN POLITIK BUSUK UMNO. YANG JELAS KAREER POLITIK ZAHARAH TELAH BERKAHIR. PERCAYALAH WANITA UMNO TELAH LUMPUH DALAM ERTIKATA YANG SEBENARNYA.

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini bahawa sudah ada pengakuan dan persetujuan daripada Siti Zaharah untuk menarik balik rombakan Exco pergerakan itu yang diumumkannya pada Isninlepas sudah memadai," katanya.

KITA TAHU YANG SURUH ADALAH SI KEPALA TAIK YANG PADA AWALNYA SUDAH BERSETUJU. INILAH PERANGAI SI KEPALA TAIK YANG MAIN TAIK.

"Mungkin wanita nak dengar sendiri daripada mulut Zaharah bahawa memang benar beliau telah bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad selaku Presiden Umno yang menasihatkan beliau menarik balik rombakan itu," katanya lagi.

BILA SI KEPALA TAIK TENGOK KEPUTUSAN ITU TIDAK BOLEH DITERIMA MAKA ZAHARAH JADI MANGSA.

"Oleh itu apa-apa kenyataan Siti Zaharah nanti saya harap tidak lari daripada pendirian dan keputusan yang telah diambil oleh beliau untuk menarik balik keputusan awalnya itu," kata beliau.

DAN INI MEMBUKTIKAN BAHAWA SEMEMANGNYA SI ZAHARAH JADI MANGSA.

"Saya faham bahawa kekuatan pergerakan itu telah banyak membantu parti untuk memenangi pilihan raya sebelum ini dan percaya bahawa mereka dapat mengulanginya pada pilihan raya kali ini," katanya.

KALAU BENAR KATA-KATA INI MENGAPA KEPUTUSAN KETUA DITOLAK? SUDAHLAH RAKYAT DAH TAHU YANG SEBENARNYA.

"Wanita sentiasa mengutamakan kepentingan parti daripada yang lain, kita boleh lihat sendiri mereka bekerja keras sehingga pada hari pilihan raya," katanya.

INILAH BUDAYA BUSUK UMNO. TIADA BATAS BENAR DAN MUNGKAR SEMUANYA SAMA SAJA.

ZAHARA AKAN DIPANCUNG. TENGOKLAH!!!!

============================================================================================================================== UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP ZAHARAH TIDAK PERLU, KATA ABDULLAH

KLANG, 8 Ogos (Bernama) -- Usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman tidak perlu kerana ia akan hanya mengeruhkan keadaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah berkata, apa yang perlu dilakukan oleh pergerakan itu kini ialah mengukuhkan kerjasama antara mereka dan mengetepikan apa-apa perbalahan yang boleh merosakkan perpaduan.

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini bahawa sudah ada pengakuan dan persetujuan daripada Siti Zaharah untuk menarik balik rombakan Exco pergerakan itu yang diumumkannya pada Isninlepas sudah memadai," katanya.

Beliau berkata demikian dalam persidangan berita selepas menamatkan Kejohanan Golf Amal Barisan Nasional (BN) Selangor untuk mengisi Tabung Kosovo di Kelab Golf Kota Permai di sini, hari ini.

Beberapa akhbar hari ini memetik sumber yang mengatakan bahawa usul undi tidak percaya bagi mendesak Siti Zaharah melepaskan jawatannya dijangka dibawa ke mesyuarat Exco pergerakan itu, pertengahan bulan ini sekiranya para anggota tidak berpuas hati dengan penjelasannya mengenai isu itu.

"Mungkin wanita nak dengar sendiri daripada mulut Zaharah bahawa memang benar beliau telah bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad selaku Presiden Umno yang menasihatkan beliau menarik balik rombakan itu," katanya lagi.

"Oleh itu apa-apa kenyataan Siti Zaharah nanti saya harap tidak lari daripada pendirian dan keputusan yang telah diambil oleh beliau untuk menarik balik keputusan awalnya itu," kata beliau.

Rabu lalu, selepas Mesyuarat Tertinggi Umno, Dr Mahathir telah mengumumkan pembatalan rombakan Exco Pergerakan Wanita Umno yang dibuat oleh Siti Zaharah pada Isnin yang dikatakan dibuatnya selepas dinasihati oleh Perdana Menteri.

Beliau berkata, pergerakan itu harus memberi keutamaan kepada perpaduan parti dan membuat persediaan secukupnya untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

"Saya faham bahawa kekuatan pergerakan itu telah banyak membantu parti untuk memenangi pilihan raya sebelum ini dan percaya bahawa mereka dapat mengulanginya pada pilihan raya kali ini," katanya.

"Wanita sentiasa mengutamakan kepentingan parti daripada yang lain, kita boleh lihat sendiri mereka bekerja keras sehingga pada hari pilihan raya," katanya.-- BERNAMA


Last changed: August 08, 1999