[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Bukti Kegagalan Menteri/Timbalan Menteri MCA.

Date: 08 Aug 1999
Time: 21:22:44
Remote User: -

Comments

Ulasan:

WALAUPUN DR LING CUBA MENYEMBUNYIKAN SESUATU TAPI RAKYAT DAPAT KESAN BAHAWA MAINAN POLITIKNYA JUGA LICIK.

APAPUN INI MEMBUKTIKAN BAHAWA MEREKA TELAH GAGAL MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI. APA TIDAKNYA KALAU SEORANG PEGUAM JADI MENTERI KESIHATAN, HARU BIRU DIBUATNYA.

============================================================================================================================== BEBERAPA MENTERI, TIMBALAN MENTERI MCA BERSEDIA UNTUK TIDAK DIPILIH SEMULA

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Beberapa menteri, timbalan menteri dan wakil rakyat MCA telah menyatakan kesediaan mereka untuk tidak dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang, kata Presiden parti itu Datuk Seri Dr Ling Liong Sik hari ini.

"Sesetengahnya telah menyatakan kepada saya bahawa mereka bersedia (untuk tidak dicalonkan semula) dan seorang daripada mereka termasuk wakil rakyat kawasan Maharani di Johor, Tay Khim Seng," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian biasiswa Kolej Tunku Abdul Rahman, di sini.

Dr Ling, bagaimanapun, enggan mendedahkan nama-nama lain kerana bimbang ia akan mewujudkan "perebutan besar-besaran" di kalangan mereka yang berhasrat untuk bertanding pada pilihan raya umum itu.

"Tidak guna menyatakan perkara yang betul tetapi pada masa yang salah ... ia mesti dikatakan pada masa yang betul," katanya. Dr Ling, yang juga Menteri Pengangkutan berkata beliau akan berbincang dengan ketua-ketua MCA negeri mengenai pemilihan calon bagi pilihan raya umum.

"Kebanyakan negeri telah membuat penelitian akhir (senarai) calon mereka dan ini termasuk yang pertama kali," katanya.

Dr Ling juga menolak spekulasi rombakan pemimpin MCA yang memegang jawatan dengan kerajaan, sambil menyatakan bahawa keutamaan parti itu ialah pilihan raya umum.

Mengenai kedudukan Ketua MCA Selangor Datuk Dr Ting Chew Peh berhubung pengumuman Dr Ling baru-baru ini mengenai pengambilalihan MCA negeribaru-baru ini, Dr Ling berkata Dr Ting masih setiausaha agung MCA.

Beliau berkata Dr Ting, yang merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, juga telah dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pemandu MCA bagi pilihan raya umum.

"Ini adalah tugas sepenuh masa dan MCA yakin Dr Ting akan melakukan tugas dengan baik," katanya.

Dr Ling, bagaimanapun, enggan menyatakan sama ada pengambilalihan pucuk pimpinan MCA Selangor ada hubung kait dengan pelantikan Dr Ting ke jawatankuasa pemandu itu.

"Saya tidak mahu membincangkan perkara ini (pengambilalihan) kerana ia adalah masalah dalaman," katanya semasa diminta mengulas mengenai perkara itu.

Mengenai kolej itu, Dr Ling berkata kira-kira RM430,300 telah dikumpulkan daripada walkathon kolej itu yang diadakan di sini dan di empat kampus cawangannya di Pulau Pinang, Perak, Johor dan Pahang.

Beliau berkata sumbangan itu akan disalurkan ke tabung pendidikan kolej itu bagi mebolehkan pelajar baru dan yang sedang belajar di situmendapatkan pinjaman untuk membiayasi pengajian mereka di kolej itu.

Dr Ling juga berjanji untuk mengumpul RM100,000 daripada pelbagai kumpulan dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang kepada tabung itu. -- BERNAMA


Last changed: August 08, 1999