[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Kenyataan Zaharah Yang Lesu

Date: 08 Aug 1999
Time: 21:34:23
Remote User: -

Comments

Ulasan

SETELAH DITAMPAR DAN DITERAJANG OLEH SI KEPALA TAIK, MAKA KITA LIHAT BETAPA LESUNYA KENYATAAN ZAHARAH

"Kita akurlah dengan keputusan itu. Kedudukan sekarang tidak berubah, tak ada lagi untuk ditambah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar di sini.

NAMPAK SANGAT DIA TERDUDUK AKIBAT TAMPARAN SI KEPALA TAIK.

"Kitapun (Wanita) sekarang buat kerja, setahu saya, saya terlalu banyak buat kerja hingga tak tahu apa yang berlaku," kata beliau lagi.

KENYATAAN INI MEMPERLI SI KEPALA TAIK YANG KELIHATAN SUDAH MAIN TAIK.

"Saya tidak dapat menghadirkan diri pada mesyuarat MT Rabu lepas kerana sakit," katanya.

HATINYA SUNGGUH SAKIT AKIBAT TAMPARAN SI KEPALA TAIK.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan sebab-sebab beliau melakukan rombakan Exco pergerakan itu dan sekadar menjawab, "Saya akan terus berpegang kepada keputusan bahawa pembatalan itu telah dibuat dan saya bersetuju dengan nasihat Perdana Menteri. MT pun dah dimaklumkan jadi kita berpegang kepadanya."

INI SATU JAWAPAN YANG SANGAT LESU. KITA TAHU BAHAWA SI KEPALA TAIK YANG TARIKBALIK BUKAN DIA.

"Itu kena tanya Negeri Sembilan punya ketua. Datuk Napsiah ialah ketuanya, anda boleh mendapatkan komennya," kata beliau merujuk kepada laporan akhbar yang memetik sumber berita itu daripada Wanita Umno Negeri Sembilan.

INI MENGESAHKAN BAHAWA APA YANG MAZNAH CAKAP MEMANG WUJUD.

============================================================================================================================== TERUSKAN USAHA UNTUK HADAPI PILIHAN RAYA, KATA ZAHARAH

KUANTAN, 8 Ogos (Bernama) -- Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman hari ini meminta semua anggota pergerakan itu supaya meneruskan usaha demi kepentingan parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Siti Zaharah menganggap beberapa isu yang timbul berikutan tindakannya mengumumkan rombakan Exco pergerakan itu baru-baru ini sudah selesai dan bersetuju yang rombakan itu dibatalkan atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

"Kita akurlah dengan keputusan itu. Kedudukan sekarang tidak berubah, tak ada lagi untuk ditambah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar di sini.

Siti Zaharah berkata beliau akan memanggil satu mesyuarat khas selepas ini untuk mengagihkan kerja seperti yang disarankan oleh Dr Mahathir yang juga presiden parti.

"Kitapun (Wanita) sekarang buat kerja, setahu saya, saya terlalu banyak buat kerja hingga tak tahu apa yang berlaku," kata beliau lagi.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakannya mengumumkan rombakan Exco pergerakan itu Isnin lepas yang antara lain memecat Ketua Wanita Wilayah Persekutuan, Azizah Samad dan Ketua Wanita Pulau Pinang Sharifah Aminah Syed Mohamad.

Bagaimanapun, rombakan itu dibatalkan oleh Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Rabu lepas yang dikatakan atas kehendak Siti Zaharah sendiri.

Siti Zaharah berkata, beliau ada berbincang dengan Dr Mahathir mengenai rombakan itu dan bersetuju untuk membatalkannya atas nasihat Perdana Menteri sendiri.

"Saya tidak dapat menghadirkan diri pada mesyuarat MT Rabu lepas kerana sakit," katanya. Kehadiran beliau di Kuantan untuk menghadiri tiga acara rasmi hari ini merupakan kemunculan pertamanya sejak isu itu tercetus.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan sebab-sebab beliau melakukan rombakan Exco pergerakan itu dan sekadar menjawab, "Saya akan terus berpegang kepada keputusan bahawa pembatalan itu telah dibuat dan saya bersetuju dengan nasihat Perdana Menteri. MT pun dah dimaklumkan jadi kita berpegang kepadanya."

Semasa ditanya sama ada episod itu akan menjejaskan persiapan Wanita Umno dalam menghadapi pilihan raya, Siti Zaharah berkata apa yang berlaku bukanlah satu kekecohan dan Wanita Umno perlu memandang ke depan serta meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

Mengenai dakwaan bahawa wujudnya tiga puak dalam Wanita Umno, Siti Zaharah berkata dakwaan seperti itu tidak benar kerana sekiranya anggota-anggota pergerakan itu berpuak-puak, sudah tentu mereka tidak dapat menjalankan kerja-kerja dalam parti selama ini.

Sebelum ini, seorang Exco Wanita Umno, Datuk Maznah Hamid membuat pendedahan bahawa pergerakan itu berpecah kepada tiga puak iaitu satu di belakang Siti Zaharah, satu menyokong bekas ketua pergerakan itu, Datuk Seri Rafidah Aziz dan satu lagi berpihak kepada Datuk Napsiah Omar.

Siti Zaharah berkata, kenyataan Maznah itu merupakan pandangannya sendiri.

Ditanya tentang laporan akhbar mengenai usul undi tidak percaya terhadapnya yang dikatakan akan dibawa ke mesyuarat Exco pergerakan itu pertengahan bulan ini, beliau berkata perkara itu perlu diperjelaskan sendiri oleh sumber berita berkenaan.

"Itu kena tanya Negeri Sembilan punya ketua. Datuk Napsiah ialah ketuanya, anda boleh mendapatkan komennya," kata beliau merujuk kepada laporan akhbar yang memetik sumber berita itu daripada Wanita Umno Negeri Sembilan. -- BERNAMA

Last changed: August 08, 1999