[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

OSU TERLUPA

Date: 08 Aug 1999
Time: 21:44:02
Remote User: -

Comments

Ulasan

INI CAKAP ORANG YANG LUPA DARATAN DAN SOMBONG. DIA TERLUPA BAHAWA SI DOMPOK RAKYAT SUDAH TOLAK. DIA TERLUPA BAHAWA MAJORITI PENGUNDI TIDAK SOKONG BN. DIA TERLUPA BAHAWA KALI INI TIADA SANTA CLAUS YANG HANTAR WANG DARI SEMENANJUNG.

INI RAKYAT TIDAK LUPA.

KEMAHUAN RAKYAT ADALAH KERAJAAN BN SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI.

==============================================================================================================================

BN SABAH YAKIN DAPAT KEKALKAN SEMUA KERUSI PARLIMENNYA

ALOR SETAR, 8 Ogos (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sabah yakin dapat memenangi ke semua 20 kerusi Parlimennya dalam pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusinya Datuk Osu Sukam.

"Melihat kepada sokongan rakyat Sabah masa kini, BN merasa optimis akan menyapu bersih semua kerusi Parlimen di samping kesungguhan serta semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh parti komponen," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penuntut Sabah di institusi pengajian tinggi (IPT) kawasan Utara di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, kini adalah masanya untuk rakyat Sabah menyumbang sesuatu kepada kerajaan dengan memberi kemenangan terhadap semua kerusi kawasan Parlimen yang ditandingi BN.

"Rakyat Sabah tidak seharusnya ketinggalan kerana pilihan raya kali ini adalah untuk rakyat menyumbang kepada pembentukkan kerajaan bukannya untuk memilih kerajaan negeri sendiri," katanya lagi.

Beliau berkata, kesungguhan kerajaan menunaikan janjinya kepada rakyat Sabah tidak dapat dipertikaikan lagi dan ianya kini telah mula dilaksanakan selepas pilihan raya negeri Mac lalu.

BN kini mempunyai 14 kerusi Parlimen dan enam kerusi lagi dimiliki Parti Bersatu Sabah (PBS).

Mengenai keyakinan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang Sabah akan menjadi penyumbang utama kepada kemenangan besar BN dalam pilihan raya Parlimen akan datang, Osu bersetuju dengan pendapat itu.

Sabah bersama Sarawak dan juga Parlimen Labuan akan menyumbangkan 49 kerusi Parlimen dan kemenangan di semua kawasan terbabit akan menyumbangkan kemenangan besar BN, katanya.

Kerusi Parlimen di kedua-dua negeri itu merupakan satu perempat daripada jumlah keseluruhan kerusi yang ada di Dewan Rakyat. -- BERNAMA


Last changed: August 08, 1999