[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

AL KATAKI TERUS TIPU

Date: 08 Aug 1999
Time: 21:48:17
Remote User: -

Comments

Ulasan

NAMPAKNYA SI ALKATAKI TERUS MENIPU RAKYAT. SIAPA KATA SEMUA ORANG KATA SISTEM KEHAKIMAN NEGARA ELOK? MANA RUJUKAN? APA PADANGAN SEBENAR PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU MENGENAI HAK ASASI MANUSIA?

YANG MENARIK DALAM BERITA INI ADALAH PROMOSI YANG DIBERIKAN OLEHNYA TERHADAP LAMAN-LAMAN REFORMASI.

============================================================================================================================== SISTEM PERUNDANGAN NEGARA DIAKUI BERWIBAWA, KATA IBRAHIM ALI

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Rakyat khususnya golongan profesional dalam bidang guaman kini memahami hakikat bahawa sistem perundangan negara sememangnya berwibawa termasuk sistem kehakiman yang kebebasannya terjamin, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paduka Ibrahim Ali.

"Banyak kecaman telah dibuat dalam masa beberapa bulan ini dengan mereka mempersoalkan kebebasan sistem kehakiman kita tetapi akhirnya telah terbukti bahawa tuduhan demikian tidak benar sama sekali. Sistem kehakiman tetap terpelihara dan terjamin," katanya.

Ibrahim berkata demikian apabila ditemui selepas menghadiri Hari Keluarga dan Walkaton Majlis Peguam Malaysia di Taman Tasik Perdana di sini, hari ini. Turut hadir ialah Presiden Majlis Peguam R.R Chelvarajah.

Beliau gembira perkara itu sudah mula disedari oleh rakyat walaupun sebelum ini banyak kecaman-kecaman yang dibuat oleh media asing.

Rakyat perlu terus memupuk rasa hormat kepada perundangan negara dan berusaha memastikan bahawa kedudukan sistem kehakiman negara dihormati semua lapisan masyarakat terutama pengamal undang-undang sendiri.

Ketika ditanya mengenai laporan akhbar milik PAS, Harakah, mengenai tiga pucuk surat tokoh korporat kepada Menteri Kewangan Pertama Tun Daim Zainuddin berhubung penerimaan wang berjuta-juta ringgit, yang disebarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata kesahihannya belum ditentukan lagi.

Beliau berkata, perkara itu akan disiasat dan rakyat perlu bersedia menerima hakikat sekiranya dakwaan itu tidak benar dan tidak pula menyalahkan kerajaan.

Sebelum itu Ibrahim berkata, Malaysia akan menjadi tumpuan pengamal undang-undang negara-negara Komanwel apabila ia menjadi tuan rumah kepada Persidangan Undang-undang Komanwel ke-12 mulai 13 Sept ini.

Persidangan empat hari itu yang bertemakan Undang-undang dan Masyarakat di Abad ke-21 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad manakala penutupnya oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, katanya.

Ibrahim yang juga pengerusi Jawatankuasa Memerangi Fitnah dan Panel Peguam Umno berkata jawatankuasa itu sehingga kini telah membuat 11 laporan polis berkaitan fitnah, sembilan kes telah ditetapkan untuk dibawa ke mahkamah manakala lima sudah difailkan di mahkamah.

Mengenai fitnah di Internet, beliau berkata terdapat 40 laman web yang dikenal pasti membuat fitnah dengan tiga yang paling agresif termasuk Laman Reformasi yang menggugat keselamatan negara. -- BERNAMA


Last changed: August 08, 1999