[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Terima Kaseh, Annuar!!!

Date: 08 Aug 1999
Time: 21:53:16
Remote User: -

Comments

Ulasan

NAMPAKNYA SI ANNUAR MENDAHULUI KU LI DALAM MEMBUAT KENYATAAN INI.

DARI SATU SEGI MEMANG BAGUS SEBAB KITA DAPAT TAHU MENGAPA IA TIDAK DAPAT DILAKUKAN. KITA TAHU BAHAWA KERAJAAN PUSAT YANG BANYAK MENGHALANG PERLAKSANAAN MANIFESTO INI.

KITA JUGA BOLEH CETAK MANIFESTO UMNO YANG JUGA TIDAK TERCAPAI.

RAKYAT KELANTAN BUKANNYA BODOH MACAM SI ANNUAR, SI TAPA, KU LI DAN SI ANNUAR.

==============================================================================================================================

BN CETAK SEMULA MANIFESTO PAS 1990

KOTA BAHARU, 8 Ogos (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan mencetak semula manifesto Pas Kelantan pada pilihan raya umum 1990 untuk rakyat menilai semula janji-janji yang dibuat oleh parti itu.

Pengerusi BN Kelantan Datuk Annuar Musa berkata pihaknya akan mengedarkan manifesto berkenaan bersama ulasannya kepada rakyat sempena perhimpunan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

"Kita akan mengedarkan versi asal menifesto Pas serta ulasan-ulasan sejauh mana janji-janji dalam menifesto itu telah dilaksanakan oleh Pas, supaya rakyat Kelantan dapat menilainya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Jentera Pilihan Raya Umno di sini, hari ini.

Annuar yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata Pas banyak menabur janji kepada rakyat ketika kempen pilihan raya umum 1990 tetapi tidak melaksanakannya sehingga sekarang termasuk penyerahan jawatan Timbalan Menteri Besar Kelantan kepada Parti Melayu Semangat 46 (S46) yang telah dibubarkan.

"Pada majlis 31 Ogos ini, kita akan buktikan kepada rakyat banyaknya pembohongan yang dilakukan oleh Pas...ini bukan retorik, kita akan sediakan segala bukti untuk "backup" dan kita akan edarkan kepada rakyat," katanya.

Annuar juga berkata, kajian semula terhadap sikap pengundi Kelantan akan dilakukan berikutan perkembangan terbaru kemasukan beramai-ramai "orang atas pagar" dan anggota Pas ke dalam Umno.

Katanya perubahan positif itu berikutan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno Kelantan yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Annuar berkata Umno juga berjaya mengesan kira-kira 30,000 pengundi Kelantan yang berada di luar negara untuk dipanggil balik menjelang pilihan raya umum akan datang.

Semua bahagian Umno Kelantan telah diarah membuat persiapan untuk membantu memudahkan pengundi-pengundi berkenaan pulang apabila tibanya pilihan raya, katanya.

Mengenai dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Umno dan BN belum bersedia memerintah Kelantan selepas pilihan raya umum ini, Annuar yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata perkara itu tidak sepatutnya dipersoalkan oleh Nik Aziz yang dianggap "orang luar" bagi Umno.

Beliau berkata Umno dan BN sudah berada dalam keadaan lebih daripada bersedia bahkan di peringkat kajian asas untuk pembangunan Kelantan.

Oleh itu, beliau mencabar Pas membubarkan Dewan Undangan Negeri Kelantan dalam tempoh segera bagi membolehkan pilihan raya diadakan jika ingin mengetahui Umno dan BN bersedia atau tidak. -- BERNAMA


Last changed: August 08, 1999