[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Pak Lah Kata Jentera BN tidak kukuh.

Date: 08 Aug 1999
Time: 22:56:46
Remote User: -

Comments

Ulasan

PAK LAH MENGESAHKAN BAHAWA JENTERA BN DI NEGERI-NEGERI TIDAK KUKUH. DIA TAHU BAHAWA DIA TIDAK BOLEH MEMPERCAYAI JENTERA PILIHANRAYANYA SENDIRI. DIA TAHU DIA DIAMBANG KEKALAHAN. DIA TAHU BAHAWA DIA TIDAK AKAN BERSEMAYAM DI MAHLIGAI PM BILA SI KEPALA TAIK TIADA LAGI.

"Marilah kita sama-sama buktikan kemampuan kita untuk memperolehi kemenangan besar sebagaimana yang diharapkan oleh beliau," katanya.

INI MENUNJUKKAN BAHAWA MEREKA KURANG KEMAMPUAN UNTUK MENANG BUAT MASA INI.

"Mereka telah menunjukkan kepimpinan melalui teladan, sama-sama prihatin terhadap masalah rakyat, mereka sama-sama bekerja dan sama-sama membantu untuk faedah rakyat," katanya.

APA TELADAN YANG PEMIMPIN BN TUNJUKKAN? BUDAYA RASUAH? BUDAYA FITNAH? BUDAYA MENIPU? BUDAYA MEROMPAK? MANA BOLEH RAKYAT TERIMA SEMUA INI.

"Kita bersikap berbaik-baik secara muhibah dan bekerjasama untuk keselamatan, untuk menikmati kebahagiaan, kejayaan kita cukup istimewa," kata Timbalan Perdana Menteri.

JANGAN PAK LAH CUBA MENUTUP KESILAPAN KERAJAAN BN SELAMA INI YANG GAGAL MEWUJUDKAN MUHIBAH YANG SEJATI. SEMUANYA RAKYAT TAHU APABILA KONONNYA NEGARA AKAN MENJADI TIDAK AMAN SEKIRANYA BN KALAH.

"Kita bersyukur kepada Allah kerana ada kemampuan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan... kita ada peluang cari rezeki tetapi kita semua boleh hidup dalam keadaan aman dan selamat, kita membantu mereka yang menderita," katanya.

BILA DI SINI BARU NAK INGAT ALLAH. BILA FITNAH, DIA TERLUPA.

SUDAHLAH RAKYAT TELAH JEMU DENGAN PEMIMPIN MACAM INI.

============================================================================================================================== NEGERI-NEGERI PERLU TINGKATKAN PERSIAPAN PILIHAN RAYA, KATA ABDULLAH

KLANG, 8 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi berkata Barisan Nasional (BN) negeri-negeri perlu meningkatkan persiapan bagi menjamin kemenangan besar BN pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi BN berhasrat melihat BN menang besar pada pilihan raya nanti.

"Marilah kita sama-sama buktikan kemampuan kita untuk memperolehi kemenangan besar sebagaimana yang diharapkan oleh beliau," katanya pada penghujung majlis pertandingan golf amal BN Selangor bagi mengutip derma tabung Kosovo di Kota Permai Golf and Country Club di Bukit Kemuning dekat sini petang ini.

Pada majlis itu, Abdullah menyerahkan cek bernilai RM50,000 yang dikutip melalui pertandingan golf amal itu kepada Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Ahmad A. Talib untuk Tabung Kosovo.

Abdullah berkata, Dr Mahathir belum berpuas hati dengan persiapan negeri-negeri kerana tidak mahu BN hanya berpuas hati dengan kemenangan biasa dalam pilihan raya itu.

Beliau yakin rakyat akan terus menyokong BN berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh parti itu pada masa lepas selain kehendak rakyat sendiri yang mahukan sebuah kerajaan stabil oleh BN.

Abdullah berkata, rakyat negara ini amat bertuah kerana dapat hidup dalam keadaan bahagia, aman dan selamat walaupun mereka terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang berlainan agama dan budaya.

Keadaan ini dapat diwujudkan kerana para pemimpin yang menaja penubuhan BN pada masa lepas sentiasa percaya bahawa perpaduan kaum dan muhibah amat penting bagi kemajuan dan masa depan Malaysia.

"Mereka telah menunjukkan kepimpinan melalui teladan, sama-sama prihatin terhadap masalah rakyat, mereka sama-sama bekerja dan sama-sama membantu untuk faedah rakyat," katanya.

Beliau berkata BN mewakili semua kumpulan etnik di negara ini dan merupakan suatu muafakat politik yang paling baik untuk Malaysia dan banyak negara lain mengkagumi kejayaan ini.

Di Malaysia tidak berlaku keadaan seperti di Kosovo kerana negara ini tidak mengamalkan dasar yang taksub kepada sesuatu kaum dan menzalimi kaum lain.

"Kita bersikap berbaik-baik secara muhibah dan bekerjasama untuk keselamatan, untuk menikmati kebahagiaan, kejayaan kita cukup istimewa," kata Timbalan Perdana Menteri.

Abdullah mengucapkan tahniah kepada BN Selangor kerana menganjurkan pertandingan golf amal itu bagi membantu pelarian Kosovo dan mereka yang telah menyumbang derma kepada kutipan tabung itu.

Beliau gembira dengan sikap pemurah yang ditunjukkan oleh rakyat negara ini setiap kali ada seruan membantu golongan yang menderita sama ada akibat bencana alam mahupun mereka yang menderita kerana negara dicerobohi mana-mana pihak.

"Kita bersyukur kepada Allah kerana ada kemampuan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan... kita ada peluang cari rezeki tetapi kita semua boleh hidup dalam keadaan aman dan selamat, kita membantu mereka yang menderita," katanya.

Timbalan Perdana Menteri turut mencadangkan agar BN Selangor menjadikan pertandingan golf itu sebagai acara tahunan untuk BN.

Yang turut menyertai pertandingan itu ialah Menteri Besar Selangor Datuk Abu Hassan Omar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paduka Dr Abdul Hamid Othman. -- BERNAMA


Last changed: August 08, 1999