[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

KHALIL SAJALAH JADI KETUA WANITA UMNO.

Date: 08 Aug 1999
Time: 23:01:04
Remote User: -

Comments

Ulasan:

NAMPAKNYA KHALIL CUKUP PENING KEPALA KERANA SI KEPALA TAIK SUDAH MARAH DIA KERANA GAGAL HUBUNGI ZAHARAH UNTUK ADAKAN MESYUARAT SEGERA.

PELIK...KAN SEKARANG ADA TEKNOLOGI CANGGIH DAN DIA ADA BERMACAM-MACAM CARA UNTUK HUBUNGI ZAHARAH.

SAHLAH DIA BERBOHONG. DIA INGAT INI ZAMAN 50HANKAH?

KALAU SUSAH SANGAT, SURUH KHALIL AJA JADI KETUA WANITA UMNO .

============================================================================================================================== ZAHARAH DINASIHATI SEGERA ADAKAN MESYUARAT JAWATANKUASA WANITA

KEPALA BATAS, 8 Ogos (Bernama) -- Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman perlu mengadakan mesyuarat dengan jawatankuasa pergerakan itu secepat mungkin bagi membincangkan pelbagai perkara berhubung pergerakan itu termasuk isu rombakan exco Wanita.

Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohd Khalil Yaakob hari ini menasihati Zaharah supaya segera mengadakan mesyuarat itu seperti yang diarahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang juga presiden parti, sebelum memberikan sebarang penjelasan atau kenyataan umum.

Semua masalah atau perbezaan pendapat perlu dibincangkan dalam mesyuarat bagi mengelakkan perkara itu berpanjangan di luar bilik mesyuarat.

"Saya akan melihat perjalanan mesyuarat itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan Umno Negeri di Bertam, di sini.

Yang penting untuk Ketua Wanita dan saya seperti yang diarah oleh Perdana Menteri ialah mengadakan mesyuarat itu dan sebarang kemusykilan boleh dibincangkan di situ, katanya.

Khalil meminta semua pihak agar tidak mendesak Zaharah untuk membuat sebarang kenyataan atau penjelasan pada ketika ini dan menghentikan ulasan-ulasan mereka kerana banyak yang telah diperkatakan oleh anggota Umno berhubung perkara itu sebelum ini.

"Lebih awal mesyuarat lebih baik tetapi pada masa ini saya tidak dapat menghubungi Ketua Wanita itu (Zaharah) untuk mengadakan mesyuarat," katanya.

Isnin lepas Siti Zaharah mengumumkan rombakan Exco pergerakan itu yang antara lain memecat Ketua Wanita Wilayah Persekutuan, Azizah Samad dan Ketua Wanita Pulau Pinang Sharifah Aminah Syed Mohamad.

Tetapi pada Rabu lalu, selepas Mesyuarat Tertinggi Umno, Dr Mahathir telah mengumumkan pembatalan rombakan Exco Pergerakan Wanita Umno yang dibuat oleh Siti Zaharah.

Khalil juga meminta pengundi khasnya di kawasan Permatang Pauh agar mementingkan parti daripada individu pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kesinambungan kepimpinan Barisan Nasional (BN).

"Individu tidak menentukan kerajaan dan Parlimen tetapi sebaliknya parti yang kukuh akan dapat membentuk kerajaan dan Parlimen," katanya.

Sehubungan itu, Khalil mahu orang ramai sedar bahawa parti yang menang dengan majoriti dua pertiga sahaja yang layak menubuhkan kerajaan dan bukannya himpunan individu.

Selepas itu beliau mengadakan pertemuan dengan Umno Bahagian Permatang Pauh sebelum pulang ke Kuala Lumpur petang ini. -- BERNAMA


Last changed: August 08, 1999