[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Pak Lah Terus Mengong

Date: 08 Aug 1999
Time: 23:05:56
Remote User: -

Comments

Ulasan:

NAMPAKNYA PAK LAH TERUS JADI MENGONG KERANA DIA TIDAK KETAHUAN LAGI APA YANG DIA KATA. SIAPA YANG KATA KITA NEGARA ISLAM? APA BUKTINYA? TAKKAN HANYA DENGAN MENJADI AHLI OIC SUDAH CUKUP ISLAM?

TERINGAT APA YANG SI KEPALA TAIK CAKAP KEPADA ALIM ULAMAK YANG JADI AHLI PERSATUAN ULAMAK MALAYSIA.

JADI KALAU KITA GUNAKAN JAWAPAN YANG SAMA MAKA KITA KATAKAN BAHAWA TAKKAN KITA NAK KATA MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM HANYA KERANA KITA MENJADI AHLI OIC.

SETUJU?

============================================================================================================================== MALAYSIA NEGARA ISLAM TANPA PERLU MENGISYTIHARKAN DIRI

KLANG, 8 Ogos (Bernama) -- Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara Islam yang sebenar oleh negara-negara lain walaupun ia tidak mengisytiharkan dirinya sebagai negara Islam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kerajaan telah berjaya menampilkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang berjaya memajukan orang-orang Islam di sini dan membekalkan mereka dengan ilmu pengetahuan.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang tidak perlu mengisytiharkan negara ini sebagai sebuah negara Islam sebagaimana yang mahu dilakukan oleh parti PAS, untuk mendapat pengiktirafan negara-negara lain.

"Inilah cara yang terbaik, pengiktirafan diberi berdasarkan pandangan negara luar tentang keupayaan kita dan bukannya dengan cara mengaku sahaja," katanya semasa berucap pada majlis Sambutan 100 Tahun Kampung Delek di sini, hari ini.

Satu lagi kelebihan yang dimiliki oleh kerajaan BN adalah keupayaannya mewujudkan suasana harmonis dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum.

Abdullah berkata, kejayaan ini diwujudkan oleh kerajaan BN selama ini dengan semua kaum dapat berkerjasama tanpa rasa takut atau saling mencurigai.

Abdullah berkata, BN juga telah menunjukkan semangat muafakat dan bekerjasama sejak dahulu lagi dan telah diuji berkali-kali sebelum ini.

Beliau berkata, ini ditambah dengan pelbagai rancangan serta strategi yang diatur dengan begitu baik oleh kerajaan BN untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. -- BERNAMA


Last changed: August 08, 1999