[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Haman bohongi rakyat

Date: 08 Aug 1999
Time: 23:18:21
Remote User: -

Comments

Ulasan

INI SATU LAGI BUKTI YANG MENUNJUKKAN BAHAWA HAMAN BOHONG KEPADA RAKYAT.

KITA INGIN TANYA MENGAPA DALAM KES LIWAT DSAI, IA TIDAK DI BAWA KE MAHKAMAH SYARIAH SEDANGKAN SUDAH ADA LAPORAN POLIS DAN LAPORAN KE MAHKAMAH SYARIAH.

MENGAPA KES INI TIDAK DIDENGARI DALAM MAHKAMAH SYARIAH WALAUPUN DALAM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ADA PERUNTUKAN.

APAKAH INI MENUNJUKKAN KITA SEBUAH NEGARA ISLAM?

SUDAHLAH, HAMAN ASYIK BERBOHONG.

============================================================================================================================== Mahkamah Syariah boleh ambil tindakan

KLANG 8 Ogos - Mahkamah Syariah boleh mengambil tindakan terhadap umat Islam di negara ini yang membuat pengakuan jenayah syarak di mahkamah sivil jika ada pihak membuat aduan kepadanya mengenai kes itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Dr. Abdul Hamid Othman berkata, jika pengakuan itu dibuat di mahkamah sivil di Wilayah Persekutuan, aduan itu perlu dibuat di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

''Mahkamah Syariah boleh membuat siasatan berdasarkan aduan itu, bukan pengakuan seseorang itu dalam mahkamah (sivil) itu,'' katanya ketika diminta mengulas pengakuan ahli perniagaan Datuk Abdullah Hishan Mohd. Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur beberapa hari lepas mengenai hubungan sulitnya dengan seorang wanita, Sharma Kumari Shukla.

Abdul Hamid ditemui selepas pertandingan golf amal Barisan Nasional Selangor untuk kutipan derma tabung Kosovo di Kota Permai Golf and Country Club, Bukit Kemuning dekat sini hari ini.

Dr. Abdul Hamid berkata, pengakuan seperti itu sangat menyentuh perasaan umat Islam tetapi Mahkamah Syariah tidak dapat bertindak jika tidak ada orang yang membuat aduan terhadap kes itu.

''Pengiktirafan (pengakuan) yang macam ini termasuk dalam jenayah syarak iaitu mengaku membuat kesalahan jenayah syarak di mana-mana jua,'' katanya.

Menteri itu berkata, prosedur Mahkamah Syariah ialah ia akan bertindak ke atas aduan terhadap kes seumpama itu dengan memulakan penyiasatan baru.

Dr. Abdul Hamid berkata, pengakuan jenayah syarak di mahkamah sivil seperti itu menjejaskan keadaan dalam negara ini dari segi akhlak dan moraliti.

''Nasihat saya dari dahulu lagi, apabila buat perniagaan, yang paling penting kena jaga dari segi moral... moraliti, keuntungan perniagaan mesti disamakan,'' katanya.

Ahli-ahli perniagaan boleh berniaga dan membuat banyak keuntungan tetapi mereka mesti sentiasa menjaga moraliti dari segi pergaulan, katanya. - Bernama


Last changed: August 08, 1999