[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Si Kepala Taik Terus Gunakan Wang Rakyat Untuk Kempen

Date: 09 Aug 1999
Time: 01:15:02
Remote User: -

Comments

Ulasan

SI KEPALA TAIK MASIH TERUS MENGGUNAKAN WANG RAKYAT BAGI TUJUAN KEMPEN PILIHANRAYA.

DIA BERSELINDUNG DI SEBALIK JAWATAN PERDANA MENTERI TAPI DIA BUAT KERJA PARTI.

INI TAK BETUL.

============================================================================================================================== PERDANA MENTERI TIBA UNTUK LAWATAN KERJA KE MELAKA

MELAKA, 9 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad diiringi isterinya Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tiba di sini pagi ini untuk lawatan kerja dua hari ke negeri ini.

Ketibaan mereka di Hotel Equatorial pada pukul 9.30 pagi disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Abu Zahar Isnin serta pemimpin kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Turut hadir menyambut ketibaan Perdana Menteri ialah Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Wira Mohamad Ali Rustam dan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Fong Chan Onn.

Turut serta menyambut ialah seramai kira-kira 1,000 orang yang membawa sepanduk dan bendera Barisan Nasional (BN) yang berhimpun di perkarangan hotel berkenaan di Bandar Hilir di sini.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno kemudian mengadakan perjumpaan tertutup dengan Badan Perhubungan Umno negeri di hotel berkenaan.

Beliau kemudian akan mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin Umno peringkat bahagian, pemuda dan wanita Umno di tempat yang sama, diikuti dengan majlis jamuan makan tengah hari.

Acara kemuncak pada hari pertama lawatan beliau ialah merasmikan bangunan baru Hospital Melaka pada pukul 3 petang.

Bangunan hospital baru itu yang menelan belanja RM77 juta menyediakan beberapa kemudahan tambahan seperti dewan bedah dan bilik bersalin.

Pada sebelah malam, Dr Mahathir akan menghadiri majlis jamuan makan bersama rakyat di Dewan Sekolah Menengah Pay Fong.

Esok, jadual lawatan Perdana Menteri bermula dengan melawat kilang perabut Hasbro di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai pada pukul 9 pagi.

Pada pukul 9.45 pagi, beliau akan menemui kira-kira 20,000 rakyat yang akan berhimpun pada majlis perjumpaan bersama rakyat di tapak Kawasan Industri Kecil dan Sederhana Tangga Batu, dekat sini, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. --BERNAMA


Last changed: August 09, 1999