[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Apa Ku Li Kata....

Date: 09 Aug 1999
Time: 03:11:11
Remote User: -

Comments

Ulasan

NAMPAKNYA KU LI SUDAH JADI TOK NUJUM PAK BELALANG.

"Pada perhitungan saya, mereka hanya mampu melihat 40 kerusi, itupun kalau sapu bersih negeri-negeri utara iaitu tiga di Perlis, 15 di Kedah, lapan di Terengganu dan 14 di Kelantan," katanya pada majlis Ceramah Perdana di Gelang Patah di sini malam tadi.

INI MENUNJUKKAN BAHAWA PELUANG BN UNTUK DAPAT 2/3 KALI INI TIDAK AKAN TERJADI. NAMPAKNYA SI KEPALA TAIK KENA TANGGUNG MALU.

"Tak mungkin ia dapat 40 kerusi...kalau itu pun tak dapat macam mana nak bentuk kerajaan. Di Sabah dan Sarawak, ia tak akan dapat bertapak langsung...pada pilihan raya di Sabah calonnya hilang deposit," katanya.

NAMPAKNYA DIA SUNGGUH ANGKUH SEOLAH-OLAH LAGI ANGKUH DARIPADA SI KEPALA TAIK. NANTI SI KEPALA TAIK NAIK BERANG BARU TAHU.

"Keadilan pula nak cari keadilan untuk dia sahaja...isu Anwar tak laku masa pilihan raya nanti kerana rakyat lebih fikir masa depan mereka.

Lagipun, PAS tidak mahu memberi kerusi kepada mereka," katanya.

INI SATU ANDAIAN BODOH. KALAU BENAR KITA SURUH DIA CAKAP PADA SI KEPALA TAIK UNTUK UMUM TARIKH PILIHANRAYA SEKARANG.

"Jika ini berlaku, kuasa politik akan tergugat. Rakyat tidak akan yakin lagi pada pucuk pemerintahan dan mungkin berlaku huru-hara," katanya.

INI PENDAPAT BERBAHAYA. YANG KALAH NANTI ADALAH BN. JADI BN YANG AKAN TIMBUL HURU HARA. KALAU DIA BUAT, KITA TANGKAP DIA.

"Saya akui PAS kuat tetapi kuat kerana UMNO lemah dan berpecah. Tapi kita yakin dengan perpaduan yang ada kini, kita mampu menawan semula Kelantan," katanya.

ALLAH SWT AKAN PECAHKAN PERPADUAN BN. SATU DEMI SATU PEPECAHAN AKAN BERLAKU.

"PAS kini sudah takut dengan langkah kita di Kelantan. Mereka telah panggil semula tenaganya dari luar bagi memastikan mereka terus berkuasa," katanya.

BETULKAH NIH? APA BUKTINYA? JANGAN NANTI SEMUA KERUSI PAS YANG MENANG. KU LI NAK PERGI MANA?

KASIHAN KU LI....DIA MASIH BERMIMPI.

==============================================================================================================================

PAS TIDAK MAMPU BENTUK KERAJAAN, KATA RAZALEIGH

JOHOR BAHARU, 9 Ogos (Bernama) -- Parti PAS tidak akan berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang kerana ia tidak mungkin memenangi lebih daripada 40 kerusi, kata Ketua Perhubungan UMNO Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata, PAS memerlukan 97 kerusi untuk berkuasa tetapi realiti politik negara ini menunjukkan adalah mustahil bagi parti itu mencapai hajatnya walaupun ia begitu yakin dapat berbuat demikian kali ini.

"Pada perhitungan saya, mereka hanya mampu melihat 40 kerusi, itupun kalau sapu bersih negeri-negeri utara iaitu tiga di Perlis, 15 di Kedah, lapan di Terengganu dan 14 di Kelantan," katanya pada majlis Ceramah Perdana di Gelang Patah di sini malam tadi.

"Tak mungkin ia dapat 40 kerusi...kalau itu pun tak dapat macam mana nak bentuk kerajaan. Di Sabah dan Sarawak, ia tak akan dapat bertapak langsung...pada pilihan raya di Sabah calonnya hilang deposit," katanya.

Razaleigh berkata PAS juga tidak dapat bergantung kepada parti-parti pembangkang lain seperti DAP yang mengalami masalah dalaman dan mungkin hanya mampu memenangi di antara lima hingga enam kerusi sahaja.

"Keadilan pula nak cari keadilan untuk dia sahaja...isu Anwar tak laku masa pilihan raya nanti kerana rakyat lebih fikir masa depan mereka.

Lagipun, PAS tidak mahu memberi kerusi kepada mereka," katanya.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN), dengan organisasinya yang tersusun dan jentera pilihan raya yang kuat, mampu berkuasa semula dan pembangkang pula perlu memenangi 63 kerusi bagi menghalang BN daripada mendapat dua pertiga majoriti.

Bagaimanapun, Razaleigh berkata rakyat perlu berwaspada kerana jika PAS memenangi banyak kerusi terutama di kawasan majoriti Melayu, akan berlaku perubahan dalam pengimbangan kuasa dalam pemerintahan negara.

"Jika ini berlaku, kuasa politik akan tergugat. Rakyat tidak akan yakin lagi pada pucuk pemerintahan dan mungkin berlaku huru-hara," katanya.

Razaleigh berkata apa yang penting adalah bagi UMNO untuk sentiasa bersatu padu kerana PAS hanya kuat apabila UMNO berpecah belah.

"Saya akui PAS kuat tetapi kuat kerana UMNO lemah dan berpecah. Tapi kita yakin dengan perpaduan yang ada kini, kita mampu menawan semula Kelantan," katanya.

Razaleigh berkata PAS mengambil kesempatan kegawatan ekonomi dan politik negara untuk mengembangkan pengaruhnya sedangkan kerajaan berusaha keras memulihkan ekonomi dan mengekalkan kestabilan yang sedia ada.

Katanya, walaupun PAS kini nampak kuat, UMNO akan dapat mengekalkan kuasa dan pengaruhnya sebaik sahaja seluruh jentera pilihan rayanya digerakkan.

"PAS kini sudah takut dengan langkah kita di Kelantan. Mereka telah panggil semula tenaganya dari luar bagi memastikan mereka terus berkuasa," katanya.

Ditanya kemungkinan BN membentuk kerajaan campuran dengan PAS di Kelantan, Razaleigh berkata ia tidak perlu kerana mereka (BN) ada kemampuan untuk berkuasa sendiri. -- BERNAMA


Last changed: August 09, 1999