[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Si Kepala Taik Cukup Dayus

Date: 09 Aug 1999
Time: 04:58:25
Remote User: -

Comments

Ulasan

NAMPAKNYA SI KEPALA TAIK SEPERTI CACING KEPANASAN KERANA KONSPIRASI YANG DIKETUAINYA TELAH DIDEDAHKAN OLEH DSAI.

INI YANG BENAR DAN NYATA.

DIA TIDAK MENYANGGAH DAKWAAN DSAI MALAH MENGESAHKAN WUJUDNYA KONSPIRASI. DAN SI KEPALA TAIK MEMANG DAYUS. DIA BERANI CAKAP APABILA DSAI ADA DALAM PENJARA.

DIA CUKUP TAKUT KEPADA DSAI SEHINGGA SURAT DARI PENJARA PUN DIA GENTAR.

INI BUKTI SI KEPALA TAIK BERBOHONG...

Sambil menafikan bahawa Anwar mangsa mana-mana konspirasi seperti didakwa bekas timbalan perdana menteri itu, Dr Mahathir berkata: "Dia sebenarnya jadi perancang dalam usaha jatuhkan orang lain bukan dia yang jadi sasaran untuk dijatuhkan oleh sesiapa."

KITA CABAR DIA BUKTIKAN DAN BIAR AHLI-AHLI UMNO YANG TENTUKAN SIAPA YANG BENAR.

"Apakah maknanya ini, maknanya selama dia dalam kerajaan dia, tiada kerja lain melainkan mengutip surat-surat ini dan menyimpan untuk satu tujuan...ini bermakna dia yang punyai pakatan, dia punya rancangan untuk menjatuhkan sipolan dalam kerajaan termasuk saya, mungkin (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) Datuk Seri Rafidah Aziz dan lain-lain," katanya.

INI MEMBUKTIKAN BAHAWA MEMANG ADA PENIPUAN DALAM KERAJAAN BARISAN NAJIS. DIA SENDIRI GUNAKAN SURAT PERTUDUHAN JABATAN PEGUAM NEGARA UNTUK UGUT RAFIDAH. INI LAGI JAHAT.

"Dan untuk ini dia sanggup mengumpulkan surat-surat rahsia kerajaan," katanya.

DSAI DAPAT MEMBUKTIKAN BETAPA KORUP DAN JAHATNYA KEPIMPINAN SI KEPALA TAIK. INI BUKTI. JANGAN TIPU RAKYAT. KALAU DOKUMEN ITU TIDAK BENAR, CABAR DIA DI MAHKAMAH.

"Kita tidak boleh gunakan dokumen kerajaan untuk lain-lain perkara melainkan daripada yang ditentukan oleh kerajaan tetapi dia (Anwar) kumpul semua surat dan simpan di luar negara supaya boleh digunakan terhadap kerajaan," jelas beliau.

BODOH PUNYA SI KEPALA TAIK. INI MEMBUKTIKAN SALAHGUNA KERAJAAN TERHADAP UNDANG-UNDANG YANG MENCENGKAM RAKYAT. JANGAN GUNAKAN UNDANG-UNDANG INI UNTUK TUTUP KEDURJANAAN KERAJAAN BARISAN NAJIS.

"Pegawai-pegawai ada bersama selepas itu apabila dia masuk pejabat mengambil barang bagi memastikan beliau tidak mengambil dokumen kerajaan.

"Kalau dia memilikinya bermakna dia sudah simpan dokumen itu dan hantar ke luar negeri untuk disimpan dan diguna untuk ugut atau jatuhkan pemimpin kerajaan yang lain," kata Perdana Menteri.

MEMANGLAH BENAR BAHAWA SI KEPALA TAIK TELAH MENGGELABAH. DIA TAKUT KENA DAKWA. DIA TAKUT DI PENJARA. INGAT MASA KAMU AKAN SAMPAI SEDIKIT MASA LAGI.

"Kalau kita buat pakatan, tidak boleh buat pakatan di waktu itu sahaja dan terus berjalan...hendak buat pakatan kena jumpa orang, ada mesyuarat rahsia kena bisik-bisik baru boleh buat pakatan."

"Kita tidak tahu langsung hingga saat akhir yang Datuk Seri Anwar akan disingkirkan dengan sebab tertentu," jelas beliau.

DI SINI DIA BOHONG SEBAB KETERANGAN MEJAR KAMARUDDIN BERKATA BAHAWA SETPOL SI KEPALA TAIK YANG BUAT PERKARA INI. TENTUNYA ATAS ARAHAN SI KEPALA TAIK. CUMA DIA MAHU BALING BATU SEMBUNYI TANGAN.

"Dan sekarang kita tahu daripada dokumen yang masih ada dalam kerajaan bahawa banyaklah perkara yang dilakukan olehnya semasa menjadi menteri, yang sebenarnya menunjukkan dia tidak ikhlas dan jujur kepada pentadbiran...dialah yang amalkan kronisme dan nepotisme," kata Perdana Menteri.

KALAU BENAR KAMU ADA, BUKTIKAN. JANGAN MAIN CAKAP. KUASA ADA PADA KAMU, BAHALOL!!!!!

JELASLAH KEPADA KITA BAHAWA SI KEPALA TAIK INI CUKUP DAYUS.

==============================================================================================================================

ANWAR TELAH LAMA RANCANG JATUHKAN PEMIMPIN LAIN, KATA MAHATHIR

MELAKA, 9 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim telah lama merancang untuk menjatuhkan pemimpin lain termasuk beliau, ketika bekas timbalannya itu masih dalam kerajaan.

Sambil menafikan bahawa Anwar mangsa mana-mana konspirasi seperti didakwa bekas timbalan perdana menteri itu, Dr Mahathir berkata: "Dia sebenarnya jadi perancang dalam usaha jatuhkan orang lain bukan dia yang jadi sasaran untuk dijatuhkan oleh sesiapa."

Beliau berkata pendedahan Anwar mengenai surat dan dokumen kerajaan yang disimpan di luar negeri membuktikan bahawa Anwar berniat menggunakannya bagi tujuan tertentu.

Anwar sekarang telah membuat kenyataan bahawa dia memiliki banyak surat dan dokumen kerajaan yang disimpan di luar negeri supaya dia boleh dedahkan kesalahan kerajaan satu persatu, katanya.

"Apakah maknanya ini, maknanya selama dia dalam kerajaan dia, tiada kerja lain melainkan mengutip surat-surat ini dan menyimpan untuk satu tujuan...ini bermakna dia yang punyai pakatan, dia punya rancangan untuk menjatuhkan sipolan dalam kerajaan termasuk saya, mungkin (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) Datuk Seri Rafidah Aziz dan lain-lain," katanya.

Perdana Menteri yang mengadakan lawatan kerja dua hari ke Melaka berkata demikian semasa berucap pada majlis perjumpaan dengan pemimpin peringkat bahagian, pemuda dan wanita Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Beliau berkata Anwar semasa berada dalam kerajaan, nampaknya bukan menjalankan tugas sebagai menteri kerajaan tetapi sebagai seorang yang berniat menjatuhkan pemimpin kerajaan.

"Dan untuk ini dia sanggup mengumpulkan surat-surat rahsia kerajaan," katanya.

Dr Mahathir berkata surat rahsia itu terikat dengan undang-undang rahsia dokumen kerajaan yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Kita tidak boleh gunakan dokumen kerajaan untuk lain-lain perkara melainkan daripada yang ditentukan oleh kerajaan tetapi dia (Anwar) kumpul semua surat dan simpan di luar negara supaya boleh digunakan terhadap kerajaan," jelas beliau.

Dr Mahathir berkata adalah tidak mungkin Anwar baru mengumpulkan surat-surat itu selepas beliau didakwa di mahkamah kerana Anwar (semasa dipecat) hanya dibenarkan masuk ke pejabatnya mengambil barang peribadi.

"Pegawai-pegawai ada bersama selepas itu apabila dia masuk pejabat mengambil barang bagi memastikan beliau tidak mengambil dokumen kerajaan.

"Kalau dia memilikinya bermakna dia sudah simpan dokumen itu dan hantar ke luar negeri untuk disimpan dan diguna untuk ugut atau jatuhkan pemimpin kerajaan yang lain," kata Perdana Menteri.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata tuduhan bahawa beliau dan rakan-rakan mengadakan satu konspirasi atau pakatan untuk jatuhkan Anwar masih dibangkitkan, termasuk dalam perjumpaan dengan para pemimpin Umno.

"Kalau kita buat pakatan, tidak boleh buat pakatan di waktu itu sahaja dan terus berjalan...hendak buat pakatan kena jumpa orang, ada mesyuarat rahsia kena bisik-bisik baru boleh buat pakatan."

"Kita tidak tahu langsung hingga saat akhir yang Datuk Seri Anwar akan disingkirkan dengan sebab tertentu," jelas beliau.

Dr Mahathir berkata beliau tidak pernah mengeluarkan apa-apa dokumen mengenai Anwar kerana beliau tidak menyimpan dokumen mengenai bekas timbalannya itu dan apa-apa dokumen yang ada sekarang didapati daripada polis.

"Dan sekarang kita tahu daripada dokumen yang masih ada dalam kerajaan bahawa banyaklah perkara yang dilakukan olehnya semasa menjadi menteri, yang sebenarnya menunjukkan dia tidak ikhlas dan jujur kepada pentadbiran...dialah yang amalkan kronisme dan nepotisme," kata Perdana Menteri.

Kawan-kawannya diberi kemudahan tertentu supaya mereka akan menyokongnya, katanya.

Dr Mahathir yang juga Presiden Umno, pada sebelah pagi selepas tiba di sini, telah menghadiri mesyuarat tertutup dengan badan perhubungan Umno negeri. -- BERNAMA


Last changed: August 09, 1999