[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

AZIZAH MEMANG BERBAKAT BESAR.

Date: 09 Aug 1999
Time: 05:02:57
Remote User: -

Comments

Keadilan mahu serah kembali Labuan

PENAMPANG, Ahad - Parti Keadilan Nasional (Keadilan) mahu menangani isu pengisytiharan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan kerana ia adalah langkah pertama memperbaiki hubungan Kuala Lumpur-Sabah, jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, berkata jika rakyat Sabah mahu pulau itu dikembalikan kepada mereka, ia harus dihormati oleh semua pihak kerana Labuan adalah sebahagian daripada negeri itu dari segi geografi, sejarah dan budaya.

"Labuan diserahkan kepada Kuala Lumpur dengan sewenang-wenangnya dan secara autoritarian kerana tidak ada perundingan dibuat dengan penduduk Labuan dan Sabah.

"Oleh itu, parti ini berpendapat satu pungutan suara harus diadakan untuk menentukan sama ada rakyat negeri ini bersedia membenarkan pulau itu terus kekal sebagai Wilayah Persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bagi menjelaskan manifesto Keadilan di negeri ini bertajuk 'Sabah Dalam Malaysia', yang diedarkan kepada pemberita selepas pelancaran parti itu, di sini hari ini.

Semalam, timbalannya, Dr Chandra Muzaffar, dalam satu forum di Kota Kinabalu, membayangkan kesediaan parti itu mengadakan pungutan suara di kalangan rakyat Sabah bagi menentukan kedudukan Labuan.

Dr Wan Azizah turut mendakwa penduduk Labuan kini menghadapi banyak kesulitan berikutan pengisytiharan pulau itu sebagai Wilayah Persekutuan.


Last changed: August 09, 1999