[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

BPR TIDAK CEKAP

Date: 09 Aug 1999
Time: 08:39:28
Remote User: -

Comments

ULASAN

BERITA INI MENGESAHKAN BAHAWA BPR MEMANG TIDAK CEKAP. WALAUPUN KETUA PENGARAH CUBA BERSELINDUNG, TAPI RAKYAT TAHU BAHAWA SELAGI BPR BAWAH KEMENTERIAN DALAM NEGERI, SELAGI ITU IA TIDAK BEBAS.

SI KEPALA TAIK SEBAGAI MENTERI DALAM NEGERI TELAH MENGHALANG SIASATAN INI.

BEGITU JUGA DENGAN KES RAFIDAH.

APA DIA INGAT RAKYAT BUTA DAN BODOHKAH?

==============================================================================================================================

KES PERWAJA STEEL ANTARA YANG PALING LAMA DISIASAT

KUALA TERENGGANU, 9 Ogos (Bernama) -- Siasatan kes Perwaja Steel Berhad merupakan antara kes yang paling lama dijalankan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kata Ketua Pengarah BPR Datuk Ahmad Zaki Husin.

Katanya BPR mula menjalankan siasatan terhadap kes yang berlaku dalam tahun 80-an itu sejak 1996 dan sehingga kini kesemua saksi dan mereka yang terbabit di dalam negara telah disiasat.

"Semua yang dalam negara sudah kita ambil keterangan termasuk bekas pengarah urusannya Tan Sri Eric Chia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum dan Pertandingan Pidato Pencegahan Rasuah di Maktab Perguruan Batu Rakit dekat sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan kes itu memakan masa yang lama kerana ia turut membabitkan institusi dan individu di luar negara dan setakat ini proses di peringkat itu masih belum selesai.

BPR melancarkan siasatan terhadap Perwaja Steel yang berpusat di Terengganu pada Oktober 1996 selepas didakwa berlaku penyelewengan sehingga menyebabkan syarikat besi keluli itu menanggung kerugian terkumpul berjumlah RM2.9 bilion.

Ahmad Zaki sekali lagi menegaskan proses siasatan yang mengambil masa agak lama itu bukannya disebabkan wujud unsur halangan atau campurtangan dari pihak tertentu.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan BPR menjalankan siasatan terhadap pasukan bola sepak negara kerana diragui ada unsur rasuah terhadap kekalahan 0-6 Malaysia kepada Indonesia pada Sukan SEA di Brunei, Ahmad Zaki berkata apa yang dinyatakan sekarang tidak mencukupi untuk BPR menjalankan siasatan.

-- BERNAMA


Last changed: August 09, 1999