[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

SI KEPALA TAIK TIPU LAGI

Date: 09 Aug 1999
Time: 08:47:50
Remote User: -

Comments

ULASAN

INILAH DIA PERANGAI SI KETUA TAIK YANG TELAH TUA. DULU DIA KATA PASARAN SAHAM MENUNJUKKAN KEADAAN EKONOMI YANG STABIL. SEKARANG DIA BERDOLAK DALEK PULA.

KITA SEMUA FAHAM PASAL PASARAN SAHAM. YANG TIDAK MAHU FAHAM DAN CUBA MENIPU RAKYAT ADALAH SI KEPALA TAIK.

"Sekarang ini hanya indeks komposit (atau saham) sahaja turun dan ini tidak terhad kepada Malaysia sahaja kerana negara lain juga turun," katanya semasa berucap pada majlis perjumpaan dengan pemimpin peringkat bahagian, pemuda dan wanita Barisan Nasional (BN) sempena lawatan kerja dua harinya ke sini hari ini.

DENGAN ORANG UMNO, DIA BOLEH TIPU TAPI DENGAN RAKYAT, SORRYLAH.

"Apabila harga saham naik mereka jual untuk dapatkan keuntungan, apabila mereka jual, harga saham atau indeks akan turun... apabila turun orang jual juga, dan ia lagi turun," katanya.

DIA MENJELASKAN KEBODOHANNYA.

"Baru-baru ini ia turun bawah 800, sebab turun macam-macam tetapi yang lain tidak mengalami penurunan... perniagaan runcit, jual rumah dan kereta adalah baik," katanya.

DIA BERI ALASAN LAIN PULAK. INILAH KERJA DIA SETIAP HARI.

"Saya yakin selepas September keadaan akan pulih semula," katanya.

SIAPA NAK PERCAYA CAKAP DIA? LUPAKANLAH....

"Ingatkan rakyat bahawa keadilan bukan sahaja yang menentang kerajaan dihukum tetapi yang sokong kerajaan juga dihukum jika melakukan kesalahan," katanya.

INI DIA SILAP. YANG SEBENARNYA SIAPA YANG SOKONG DIA TIDAK DIDAKWA, TAK KIRA DALAM ATAU LUAR BN.

Perdana Menteri juga membidas parti Keadilan yang mendakwa seolah-olah tiada keadilan di Malaysia, "kononnya parti ini perjuangkan keadilan tetapi orang ini juga sokong sistem yang sama... mereka orang Umno dulu tetapi tidak nampak, apabila orang mereka dihadapkan ke mahakamah, tiba-tiba mendakwa tiada keadilan," katanya.

JANGAN NAK BERDOLAK DALEH KERANA KAMU SENDIRI TAKUT BEDEPAN DENGAN DSAI.

============================================================================================================================== EKONOMI TELAH PULIH WALAUPUN SAHAM TURUN NAIK - MAHATHIR

MELAKA, 9 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata kejatuhan indeks komposit yang dialami sekarang adalah akibat amalan biasa para pemain saham, bukannya kerana keadaan ekonomi yang belum pulih.

Beliau berkata ekonomi negara sebenarnya telah pulih dan kerajaan mempunyai banyak petunjuk dan angka-angka bahawa ekonomi telah pulih.

Katanya, perniagaan-perniagaan lain semuanya telah menunjukkan peningkatan seperti perniagaan runcit, kereta dan rumah malah bank-bank juga mempunyai banyak wang untuk membantu peniaga.

"Sekarang ini hanya indeks komposit (atau saham) sahaja turun dan ini tidak terhad kepada Malaysia sahaja kerana negara lain juga turun," katanya semasa berucap pada majlis perjumpaan dengan pemimpin peringkat bahagian, pemuda dan wanita Barisan Nasional (BN) sempena lawatan kerja dua harinya ke sini hari ini.

Perdana Menteri berkata naik dan turun harga di pasaran saham disebabkan bermacam sebab tetapi tabiat orang jual-beli saham juga banyak mempengaruhi indeks.

"Apabila harga saham naik mereka jual untuk dapatkan keuntungan, apabila mereka jual, harga saham atau indeks akan turun... apabila turun orang jual juga, dan ia lagi turun," katanya.

Beliau berkata perniagaan saham telah pulih kerana pada September 1998 indeks komposit turun 262 mata tetapi selepas kerajaan kenakan kawalan, indeks meningkat sedikit demi sedikit hingga mencapai 820 mata.

"Baru-baru ini ia turun bawah 800, sebab turun macam-macam tetapi yang lain tidak mengalami penurunan... perniagaan runcit, jual rumah dan kereta adalah baik," katanya.

Perdana Menteri berkata beliau percaya pada September ini apabila kerajaan membenarkan duit pelaburan dibawa keluar, mereka yang akan keluar tidak akan dapat untung banyak kerana nilai turun.

"Saya yakin selepas September keadaan akan pulih semula," katanya.

Beliau berkata Malaysia berjaya memulihkan ekonomi yang telah dirosakkan oleh pihak yang menjatuhkan nilai matawang dan nilai saham kerana pendekatan luar biasa yang telah diambil dan kerana faktor ekonomi negara ini yang sememangnya kukuh.

Berbanding negara lain, Malaysia tidak memerlukan bantuan asing terutama daripada Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) untuk memulihkan ekonominya, katanya.

Sebelum itu, Perdana Menteri meminta parti-parti komponen BN supaya bersedia menghadapi isu yang akan dibangkit oleh parti pembangkang pada pilihan raya akan datang terutama mengenai sistem kehakiman dan dakwaan berlaku penganiayaan dan ketidakadilan dalam sistem itu.

Sebagai contoh, katanya, di Melaka DAP dijangka berkempen mendakwa bahawa bekas anggota Parlimen Kota Melaka Lim Guan Eng yang telah dijatuhkan hukuman penjara sebagai mangsa penganiayaan.

Dr Mahathir berkata rakyat perlu diingatkan bahawa sistem keadilan di Malaysia tidak membezakan antara parti apabila seseorang itu dihadapkan ke mahkamah.

"Ingatkan rakyat bahawa keadilan bukan sahaja yang menentang kerajaan dihukum tetapi yang sokong kerajaan juga dihukum jika melakukan kesalahan," katanya.

Perdana Menteri berkata ramai pemimpin kerajaan dihadapkan ke mahkamah termasuk ada yang menerima hukuman bunuh dan keputusan mahkamah terpaksa diterima kerana sistem kehakiman negara tiada diskriminasi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin kerajaan dan pemimpin Umno tetapi apabila dia membuat salah, dia perlu dihukum dan beliau bukan daripada parti lawan, katanya.

Dr Mahathir berkata sistem kehakiman bukan memberi keutamaan kepada siapa seseorang itu tetapi berdasarkan bukti jelas sama ada seseorang itu bersalah atau tidak.

Perdana Menteri juga membidas parti Keadilan yang mendakwa seolah-olah tiada keadilan di Malaysia, "kononnya parti ini perjuangkan keadilan tetapi orang ini juga sokong sistem yang sama... mereka orang Umno dulu tetapi tidak nampak, apabila orang mereka dihadapkan ke mahakamah, tiba-tiba mendakwa tiada keadilan," katanya.

Dr Mahathir berkata usaha BN untuk memenangi pilihan raya dengan penguasaan 2/3 kerusi adalah bagi memastikan kerajaan yang dibentuk stabil dan tidak boleh diancam.

Sambil menafikan dakwaan media asing bahawa BN mahu penguasaan besar supaya dapat meminda perlembagaan, beliau berkata kemenangan besar adalah penting supaya kerajaan stabil dan tidak boleh dijatuhkan.

Beliau berkata keadaan yang mendedahkan kerajaan yang memerintah kepada ancaman parti lawan atau kerana ahli-ahli dewan melompat parti, akan menyebabkan kerajaan itu tidak berwibawa.

Kerajaan BN tidak menghadapi masalah seperti kerajaan campuran di negara lain kerana kerjasama yang erat dan kemenangan besar pada pilihan raya telah memastikan ia tidak terdedah kepada masalah lompat parti, ugutan dan sebagainya, katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 09, 1999