[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Baling Batu Sembunyi Tangan - Budaya UMNO

Date: 09 Aug 1999
Time: 20:09:37
Remote User: -

Comments

NAPSIAH MINTA ADAKAN MESYUARAT EXCO PERGERAKAN WANITA SEGERA

SEREMBAN, 9 Ogos (Bernama) -- Naib Ketua Wanita Umno Datuk Napsiah Omar hari ini meminta Ketua Wanita Umno Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman supaya mengadakan mesyuarat Exco Pergerakan Wanita Umno dengan segera bagi mengelak sebarang percakapan di luar.

"Kita tidak mahu isu pembatalan rombakan barisan Exco Pergerakan Wanita dihebohkan lagi dan untuk itu kita hendaklah menerangkan apa keadaan sebenar yang berlaku," katanya di sini.

Beliau berkata, yang penting sekarang ialah merapatkan barisan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Napsiah turut menafikan laporan yang mengaitkan Wanita Umno Negeri Sembilan dengan satu usul undi tidak percaya yang dikatakan akan dikemukakan terhadap Siti Zaharah.

"Kalau saya tak bercakap pun, orang lain mungkin bercakap juga mengenainya," katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 09, 1999