[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Elok Juga Kalau Si Kepala Taik Ikut Sama

Date: 09 Aug 1999
Time: 20:10:56
Remote User: -

Comments

HANYA SATU ATAU DUA MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI MCA MAHU UNDUR DIRI

SIMPANG EMPAT, Seberang Perai, 9 Ogos (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik hari ini berkata hanya satu atau dua menteri dan timbalan menteri yang memaklumkan beliau bahawa mereka tidak mahu bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang enggan mendedahkan nama mereka berkata hanya satu atau dua menteri dan timbalan menteri yang menyatakan bahawa mereka tidak mahu dicalonkan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan HTH Corporation Sdn Bhd, sebuah firma pembekal logistik di sini, beliau berkata mereka memberikan alasan letih dan merasakan bahawa mereka telah memberikan khidmat yang sepatutnya.

Katanya parti masih belum menerima atau menolak tawaran mereka untuk mengundurkan diri.

Beliau turut menggesa pemimpin-pemimpin parti melatih pemimpin-pemimpin muda untuk mengambil alih daripada mereka bila tiba masanya. -- BERNAMA


Last changed: August 09, 1999