[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Ucapannya Yang Terakhir

Date: 09 Aug 1999
Time: 20:13:27
Remote User: -

Comments

DR MAHATHIR AKAN BERI UCAP UTAMA DI BEIJING

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad akan memberikan ucap utamanya mengenai "Hubungan Malaysia-China: Cabaran dan Peluang Abad ke21" di Forum Malaysia-China ketiga di Beijing pada 19 Ogos ini.

Menurut Institut Strategik dan Kepimpinan Asia (ASLI) dalam kenyataannya di sini hari ini, ucapan itu merupakan antara acara utama lawatan Dr Mahathir ke China yang juga akan memperingati ulang tahun ke25 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

"Forum itu penting kerana ia menyedari keakraban kedua-dua negara dan kemunculan China sebagai kuasa utama global pada abad ke21.

"China boleh memainkan peranan strategik sebagai penstabil keamanan serantau, keselamatan dan kesejateraan," Ketua Pegawai Eksekutif ASLI Datuk Michael Yeoh.

Forum itu dianjurkan bersama oleh ASLI dan Jawatankuasa Kebangsaan China bagi Kerjasama Ekonomi Pasifik (CNCPEC) dan akan dihadiri oleh kedua-dua anggota delegasi Malaysia dan China.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz pula akan berucap mengenai "Mempererat Hubungan Ekonomi & Perdagangn Malaysia-China" di forum itu sementara Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Ling Liong Sik akan memberikan ucapan penutup bertajuk "Bagaimana Malaysia Mengatasi Krisis Ekonomi dan Merangka Pemulihan Ekonomi."

Pemimpin Malaysia lain yang dijangka berucap di forum itu termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Osu Sukam. -- BERNAMA


Last changed: August 09, 1999