[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Sayangnya Siti Zaharah

Date: 09 Aug 1999
Time: 20:51:18
Remote User: -

Comments

Sayangnya Siti Zaharah

Walau apapun alasan yang diberi, kita tahu Wanita UMNO bergolak sejak dulu lagi. Sejak Siti Zaharah menang kalahkan Rafidah. Orang-orang Rafidah tidak berganjak. Mereka sangat taat pada Rafidah, kecuali seorang dua yang sejak-sejak akhir ini telah beralih kepada tokoh lain termasuk Siti Zaharah dan Napsiah.

Inilah dia kepimpinan dalam UMNO. Sama saja. Berpura-pura untuk tunjukkan kepada masyarakat kununnya bagus dan baik-baik belaka. Padahal ramai pemimpin wanita Bahagian tahu cerita pertelagahan yang tak sudah-sudah ini.

Saya tahu benar, tapi..kekadang tu, malas nak campur kerana wanita UMNO sejak Rafidah lagi terlalu mengongkong! Tak boleh mengkiritk dan tak boleh ditegur. Ternyata, Rafidah terlalu keras dan angkuh bagi ramai pemimpin wanita,apatah lagi wanita bawahan yang hanyalah ahli biasa.

Tetapi, Siti Zaharah tidak belajar dari apa yang berlakub pada Rafidah.

Antara kesilapan besar Zaharah ialah mudah lupa kawan dan membelakangkan orang yang menolongnya. Semua orang tahu cerita ini. Zaharah mudah buat janji dan mudah tidak tunaikannya. Apatah lagi dengan sikapnya yang sambil lewa dan tidak profesional dalam banyak hal. Beliau tidak boleh ditegur langsung! Bertambah teruk apabila beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada Zuraidah anak cikgu Mursib yang sangat tidak sesuai terlibat dalam kerja-kerja politik. Zuraidah tidak memandang wanita UMNO sebagai orang penting. Beliau hanya memilih orang tertentu dan individu yang menegur dan beri pandangan kepada beliau akan dianggap musuh nombor walidnya. Inilah berlaku pada peringkat awal apabila beberapa pemimpin wanita, termasuk Napsiah memeberi teguran kepada Zuraidah dan Siti Zaharah, yang kemudiannya nasihat itu dianggap sebagai isu untuk menjatuhkan mereka.

Dalam banyak tugas, Zuraidah terlalu tamak dan tidak percaya kepada orang lain sehingga kerja-kerja dan tugasan parti/program tidak lancar. Banyak cek-cek yang tidak diselesaikan, malah memakan masa bertahun untuk dijelaskan. Ini melibatkan si Bendahari , Azizah Samad terpaksa berhadapan dengan ramai orang yang menagih hutang!!

Ini adalah sebahagian masalah dalaman sejak awal lagi sehinggalah membabitkan kewujudan Kak Rafidah....memang benar, rombongan Napsiah berjumpa Mahathir apabila Siti Zaharah membuat rombakan. Yang memeranjatkan ialah, Mahathir sendiri turut membuat komen yang memalukan terhadap Siti Zaharah di hadapan rombongan tersebut.

Jelas, Siti Zaharah tidak berwibawa mengemudi Wanita UMNO apabila terdapat banyak EXCO yang membelakangi arahannya. Apatah lagi bila beliau dan Napsiah tidak sehaluan!! Pengajaran yang paling baik buat Siti Zaharah ialah, ketika dia turut menghina Anwar tanpa usul periksa dan turut mencaci Azizah keran ingin menunjukkan kesetiaan kepada Mahathir, akhirnya beliau mendapat balasan dari Allah. Tak payah tunggu lama-lama kak ooiii. Oleh itu, nasihat saya, sedarlah Siti Zaharah bahawa Mahathir dan kuncu-kuncunya memang tidak sukakan awak. Apatah lagi bila Napsiah kini sudah mendapat "restu" dari Mahathir, habislah anda! Lagi satu, kalau ada ruang untuk bertaubat, taubatlah: satu kepada perbuatan anda terhadap suami anda, kedua terhadap Anwar Ibrahim dan ketiga kepada Wan Azizah.

sekian. wanita umno veteran


Last changed: August 09, 1999