[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Nasi Menjadi Bubur.

Date: 10 Aug 1999
Time: 04:49:55
Remote User: -

Comments

Ulasan

KITA MENGANGGAP USAHA PEMIMPIN NEGARA NAK BERJUMPA DENGAN PELAJAR SEBAGAI SESUATU YANG TELAH TERLAMBAT. INI KERANA MEREKA TAHU BAHAWA PUAK-PUAK UMNO INI TIDAK IKHLAS DALAM MEMPERJUANGKAN NASIB PELAJAR.

PENGKORPORATAN DAN ISU-ISU LAIN TELAH MENJAUHKAN MEREKA DARIPADA PARA PEMIMPIN NEGARA.

PADA RAKYAT, USAHA BARISAN NAJIS INI UMPAMA NASI DAH JADI BUBUR.

============================================================================================================================== PELAJAR MINTA PEMIMPIN NEGARA DAMPINGI MEREKA

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Jawatankuasa khas Pemuda Barisan Nasional (BN) yang ditugaskan mengkaji semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) mendapati sebahagian besar pelajar institusi pengajian tinggi tidak berpuas hati dengan kegagalan pemimpin negara mendampingi mereka.

Ketua pergerakan itu Datuk Hishammuddin Tun Hussein berkata perkara itu dibangkitkan dalam semua pertemuan yang dibuat oleh beliau dan pemimpin lain dengan para pelajar setakat ini.

"Ia adalah keputusan maklum balas yang kami perolehi setakat ini hasil sesi dialog yang kami adakan dengan pelajar bagi mengkaji kelemahan AUKU," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan Pelajar Baru Ireland 1999 di sini hari ini.

Beliau yang juga pemangku ketua Pemuda Umno berkata selain menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pelaksanaan AUKU ada juga pelajar yang mendakwa terdapat peraturan dalam akta itu yang membenarkan pelajar ditindas.

"Sekarang saya nak tengok faktanya, kalau betul ada ketidakadilan atau penindasan...ini akan dilakukan dengan kerjasama dengan kementerian (Pendidikan) dan akan umumkan perkara ini kepada orang ramai," katanya.

Cadangan mengkaji semula AUKU dibuat oleh Ketua Pemuda Gerakan Teng Chang Yeow baru-baru ini yang bertujuan membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam politik.

AUKU dikatakan menyekat pelajar daripada melahirkan pandangan mereka mengenai isu semasa berhubung politik negara ini.

Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa parti pembangkang lebih aktif dalam mendekati pelajar, Hishammuddin berkata perkara itu tidak dapat dinafikan dan telah berlaku sejak dulu lagi.

Katanya pendekatan BN pada satu ketika dulu yang tidak mahu membabitkan politik dalam isu kampus bertujuan memberikan pelajar peluang menumpukan perhatian kepada pelajaran.

"Tapi kita sedar sekarang tindakan kita itu telah mengizinkan pihak pembangkang mengambil kesempatan...kita akan lakukan usaha untuk mendampingi pelajar kita," katanya.

Mengenai pendedahan yang dibuat oleh Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Ibrahim Ali berhubung taktik PAS menambah anggota secara mewujudkan koperasi PAS bagi pelajar baru-baru ini, Hishammuddin berkata perkara itu sedang dipantau oleh pergerakan Pemuda Umno.

Majlis itu, yang diadakan oleh Kelab Umno Ireland bertujuan meraikan 28 pelajar baru yang akan dibiayai oleh Mara untuk menyambung pelajaran mereka dalam bidang perubatan di Ireland.

Ia adalah kumpulan pertama yang dihantar oleh agensi itu sejak kerajaan mengumumkan keputusan menghentikan penghantaran pelajar ke seberang laut berikutan kegawatan ekonomi dua tahun lalu. -- BERNAMA


Last changed: August 10, 1999