[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

RAFIDAH PEMBOHONG....HENTIKAN!!!

Date: 10 Aug 1999
Time: 05:10:13
Remote User: -

Comments

RAFIDAH PEMBOHONG...HENTIKAN!!!

Muaknya melihat gelagat pemimpin Wanita UMNO. Naik menyampah dibuatnya. Yang seorang nak buat rombakan, seorang lagi nak buat undi tak percaya, seorang lak suruh jangan berpuak-puak. Kata dulang, paku serpih!!

Saya nak tanya pada Rafidah:

1. Sistem berpuak-puak dalam UMNO ni, siapa yang mulakan?

2. Tidakke bila awak kalah dulu, awak menceceh dan marah-marah sehingga satu Malaysia naik malu!

3. Awak tu bagaimana?? Sehingga majlis perasmian Mesyuarat Wanita UMNO di PWTC tak pernah awak hadir sejak awak kalah. Tu, apa komen awak?

4. Sebarang majlis kelolaan Siti Zaharah awak pulaukan? Awak tu kan Menteri Kabinet , MKT lagi...(yang dilantiklah...)!

5. Kalau tidak betul kenyataan ini, sila bersumpah dan nafikan: mengapa setiap kali bila ada perhimpunan Wanita, awak sibuk membuat perjumpaan sulit, termasuk memanggil orang-orang awak dan ketua-ketua Wanita Bahagian?

Ingat kami semua tak tahu?? Yang kami ternampak kat Riverside dulu tu, apa??? Komen kak, komen lagi..silakan!!

Jadi, kesimpulannya , tiada seorangpun pemimpin wanita UMNO yang ada sekarang ini yang benar-benar ikhlas memperjuangkan kepentingan kaum wanita di Malaysia.Mereka bercakaran sesama sendiri merebut jawatan sehingga lupa kepentingan wanita di bawah.

Bagi saya sendiri, syabas Maznah Hamid. Beraninya kau!!Tapi memang betul, sesapa nafikan, maknanya dia betul-betul bodoh@pekak@tuli. Perlukan lebih ramai yang berani macam Maznah. Kalau Maznah nak bertanding pun, apa salahnya. Yang penting boleh diterima di kalangan wanita. Jangan sombong dan bongkak sudahlah. Lagi satu, ilmu mesti ada. Jangan terlalu keduniaan macam Mahathir@Rafidah tu..tak laghat rakyat nak melihatnya. Jangan pilih penasihat yang tak ada ilmu, sombong, tak boleh ditegur macam si Zuraidah tu.

Satu lagi sebelum saya lupa, carilah pemimpin yang ada latarbelakang agama yang baik, paling tidak menutup aurat. Bukankah dalam al-Quran jelas menyatakan bahawa mereka yang tidak menutup aurat itu tidak diterima ke dalam syurga?? Atau ada ayat lain yang menyatakan sebaliknya? Jawablah..tentu Ustazah Zaleha (Kelantan) boleh jawab. Tengok pada cara Ustazah bercakap, hafal ayat Qur'an, takkan tidak memahami apa yang tersirat.

Teruskan pergaduhan kamu semua. Biar kami di bawah melihat. Yang pasti, rakyat tak boleh ditipu lagi. Ucapan takziah untuk Siti Zaharah.

Sayonara untuk tahun depan.

wanita umno veteran -meluat tengok sikap pura-pura EXCO wanita UMNO


Last changed: August 10, 1999