[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

TERUSKAN TG NIK A AZIZ

Date: 11 Aug 1999
Time: 06:48:55
Remote User: -

Comments

PENGGUNAAN TAKWIM ISLAM BAYAR GAJI BERMOTIF "POLITIK BERSIH"

JELI, 11 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui saranannya supaya kerajaan Kelantan melaksanakan sistem bayaran aji kakitangannya berdasarkan Takwim Islam bermotifkan politik.

"Ianya memang politik tetapi kami (PAS) bergerak atas parti politik yang bersih," katanya.

Menurutnya sebagai sebuah negeri yang kerajaannya terdiri daripada sebuah parti politik, maka semua perancangan dan pelaksanaan yang dibuat tetap mempunyai kaitan dengan politik

"Politik ini tak boleh lari dah...PAS parti politik, Umno parti politik, semua yang membentuk kerajaan adalah parti politik, jadi macam mana nak kata tak libatkan politik (walaupun) politik ini ada yang bersih dan ada yang kotor," katanya kepada pemberita di Ayer Lanas, dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah semalam bahawa cadangan kerajaan Kelantan untuk menggunakan Takwim Islam dalam semua urusan kerajaan termasuk pembayaran gaji hanyalah momok politik menjelang pilihan raya umum.

Isnin lepas, Nik Aziz berkata beliau akan mencadangkan supaya penggunaan Takwim Islam itu disegerakan dalam usaha untuk meningkatkan syiar Islam di negeri itu.

Nik Aziz berkata bahawa pagi ini beliau mengemukakan cadangan itu kepada Pegawai Kewangan Negeri Tengku Shah Buddin Tengku Mohd Maasum dan dimaklumkan bahawa perkara itu akan dikaji.

Menurutnya cadangan kerajaan negeri itu tidak sewajarnya dipertikaikan kerana kaedah peredaran bulan bagi menentukan masa dan tarikh untuk kegunaan manusia telah dinyatakan dalam Al-Quran berbanding sistem sekarang yang mempunyai beberapa kelemahan.

"Kalau kita guna kelandar matahari atau kalendar Masihi kita tidak akan tahu sekarang ini tengah bulan atau akhir bulan tetapi mengikut kaedah kalendar bulan, kita boleh tahu berdasarkan bulan penuh atau bulan kecil," katanya.

Ditanya adakah pemimpin ulama PAS sekarang mempunyai persediaan cukup daripada segi ilmu untuk memerintah negara, Nik Aziz berkata ulama PAS sejak dahulu lagi telah bersedia.

"Persediaan agama telah cukup, cuma kita perlu hadiri kursus (hal-hal pentadbiran) beberapa bulan sahaja," katanya.

Menurutnya ulama sekarang mempunyai kelulusan tinggi termasuk daripada universiti Al-Azhar dan beberapa univeristi terkemuka yang lain.

Nik Aziz berkata masa depan PAS kian cerah untuk memerintah negara berikutan daripada perkembangan terbaru yang menyaksikan ramai golongan profesional telah menyertai parti itu. -- BERNAMA


Last changed: August 11, 1999