[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

AZIZAN KENA AIDS?

Date: 11 Aug 1999
Time: 09:30:55
Remote User: -

Comments

ULASAN

BEBERAPA KEMUNGKINAN BOLEH BERLAKU. SATU, POLIS BELASAH DIA. KEDUA,DIA KENA SINDROM AIDS. KETIGA, POLIS SEDANG AJAR DIA SUPAYA HAFAL SKRIP BALEK.

INI SEMUA KEMUNGKINAN.

============================================================================================================================== PERBICARAAN ANWAR DITANGGUH HINGGA JUMAAT

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja ditangguhkan sehingga Jumaat ini kerana saksi utama pendakwaan Azizan Abu Bakar yang jatuh sakit semalam masih menerima rawatan.

Hakim Datuk Arifin Jaka membuat keputusan itu setelah Timbalan Kanan Pendakwa Raya Datuk Abdul Gani Patail memaklumkan bahawa saksi keenam pendakwaan itu telah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak hadir di mahkamah sehingga Jumaat ini.

Semalam, mahkamah menangguhkan perbicaraan sehingga hari ini setelah diberitahu bahawa Azizan tidak sihat dan memerlukan rawatan perubatan.

Bapa bekas pemandu peribadi isteri Anwar itu, memberitahu bahawa Azizan ada mengidap penyakit migrain dan beliau muntah-muntah semalam.

Peguam Anwar Christopher Fernando dan peguam Sukma, Jagdeep Singh Deo menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan kes itu sehingga Jumaat ini.

Anwar, 52, dan Sukma, 38, didakwa meliwat Azizan di apartmen Sukma di Tivoli Villa, Bangsar di sini pada 7.45 malam, antara Januari dan Mac 1993.

Sukma, seorang pemilik butik, juga dituduh bersubahat dengan Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri kewangan untuk meliwat Azizan di tempat dan pada masa yang sama. -- BERNAMA


Last changed: August 11, 1999