[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

HANYA KERANA JAWATAN, ITU AJA.

Date: 11 Aug 1999
Time: 09:35:16
Remote User: -

Comments

ULASAN

NAMPAKNYA PENYAKIT ANGGUK INI SUDAH KENA PADA ANAK UNGKU AZIZ. APA NAK BUAT, SIA ABOLKATA OKAY. SI KEPALA TAIKKATA OKAY. DIA PUN OKAY SAMA.

HANYA KERANA MAHU KEKAL JAWATAN, ITU AJA. ==============================================================================================================================

LANGKAH KAWALAN PERLU, KATA DR ZETI

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini menolak tanggapan bahawa Malaysia akan pulih seiringan dengan ekonomi-ekonomi Asia lain tanpa mengenakan kawalan matawang.

Beliau berkata kawalan tukaran berpilih yang dikenakan telah menyelamatkan Malaysia dari terjerumus ke dalam masalah yang lebih rumit. Bercakap di Sidang Kemuncak Pasaran Modal Malaysia, di sini hari ini,beliau berkata langkah kawalan yang dilaksanakan telah menghapuskan unsur ketidak tentuan, memberikan kestabilan dan membolehkan dasar-dasarmerangsang pertumbuhan dilaksanakan secara berkesan.

"Walaupun pemulihan di rantau ini berlaku pada masa yang lebih kurang sama, kawalan adalah penting dalam mengekang kos sosial dan kemusnahan aktiviti-aktiviti ekonomi.

"Ia juga membolehkan penyusunan semula kewangan dilakukan dengan cepat, yang tidak mungkin boleh dilakukan dalam suasana pasaran yang tidakstabil," katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 11, 1999