[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Kita Ikut Azhar

Date: 12 Aug 1999
Time: 01:32:30
Remote User: -

Comments

Ulasan

DALAM KITA MERANGKA STRATEGI UNTUK MENJUNAMKAN KEPIMPINAN SI KEPALA TAIK, KITA KENA IKUT SEMANGAT JUANG AZHAR. KALAU AZHAR BOLEH, KITA JUGA BOLEH.

ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA UNTUK MEMASTIKAN KITA DAPAT JATUHKAN SI KEPALA TAIK.

"Pencapaian ini adalah milik seluruh rakyat Malaysia," katanya di majlis menyambut kepulangannya mengelilingi dunia secara solo di Awana Porto Malai Resort di sini.

BILA PAKATAN ALTERNATIF MENANG NANTI, KITA JUGA AKAN KATA PENCAPAIAN ITU ADALAH MILIK SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

"Usaha murni ini memberi banyak makna kepada anak-anak muda. Jika ada usaha baik buatlah dengan sebaik-baiknya dan ikhlas bagi memperolehi lebih banyak kegemilangan dan mengharumkan nama negara," katanya.

USAHA UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN YANG ZALIM JUGA ADALAH SATU TUGAS MURNI DAN SESUATU YANG MESTI DILAKUKAN.

============================================================================================================================== AZHAR PUAS HATI DAPAT LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB

LANGKAWI, Aug 12 (Bernama) -- Pelayar negara Datuk Azhar Mansor hari ini berpuas hati kerana dapat melaksanakan tanggungjawab membawa pulang kegemilangan negara ke tanah air dengan selamat.

"Pencapaian ini adalah milik seluruh rakyat Malaysia," katanya di majlis menyambut kepulangannya mengelilingi dunia secara solo di Awana Porto Malai Resort di sini.

Sambil mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, yang merupakan pendorong kejayaannya, Azhar berharap usaha murni beliau menjadi pendorong kepada usaha lain yang boleh membawa kepada kegemilangan negara.

"Usaha murni ini memberi banyak makna kepada anak-anak muda. Jika ada usaha baik buatlah dengan sebaik-baiknya dan ikhlas bagi memperolehi lebih banyak kegemilangan dan mengharumkan nama negara," katanya.

Azhar juga berkata beliau akan menyiapkan laporan kepada Majlis Rekod Kelajuan Pelayaran Dunia (WSSRC) mengenai pelayarannya dan akan menyerahkan kepada badan itu untuk mengeluarkan kenyataan rasmi.

Bercakap kepada pemberita kemudian. Azhar berkata e-mail anak lelakinya yang berusia 13 tahun, Eizaz telah membantu menaikkan semangat beliau ketika menghadapi masalah.

Ini, katanya, termasuk sewaktu dia melalui dugaan ribut hujan air batu yang menyebabkan tiang layar utamanya patah tiga.

Azhar berkata semangat yang diberikan oleh anaknya itu berbunyi: "Ayah, saya anak ayah, ayah akan okey."

Pelayar itu berkata perasaan bimbang terakhirnya ialah takut gagal melintasi garisan penamat di sini kerana tiada angin untuk meniup kapalnya.

Nasib baik ia tidak berlaku. Azhar berkata tumpuannya di peringkat akhir ialah untuk sampai ke destinasi tanpa memikirkan hal yang lain.

Ditanya sama ada dia akan belayar lagi, Azhar berkata buat masa ini, dia mahu menumpukan perhatian menaikkan semangat golongan muda.

-- BERNAMA


Last changed: August 12, 1999