[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

AGONG LAWAT TEMPAT DSAI KENA BELASAH.

Date: 12 Aug 1999
Time: 01:34:14
Remote User: -

Comments

AGONG DAN PERMAISURI LAWAT BUKIT AMAN

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah hari ini melakukan lawatan rasmi ke ibu pejabat polis di Bukit Aman di sini.

Ketibaan Seri Paduka berdua pada pukul 9.30 pagi disambut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Endon Mahmood.

Yang turut menyambut ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azmi Khalid dan Datuk Ong Ka Ting serta Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai serta isteri Puan Seri Rokiah Ismail.

Seri Paduka kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 105 anggota perbarisan diketuai ASP Fauzi Abduri dan menandatangani buku pelawat.

Acara lawatan Seri Paduka berdua termasuk mendengar taklimat mengenai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan melawat Muzium PDRM. Baginda berdua juga akan diraikan pada majlis santapan tengah hari. --BERNAMA


Last changed: August 12, 1999