[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

SI KEPALA TAIK LAWAT TEMPAT JE DAN NIPAH.

Date: 12 Aug 1999
Time: 01:35:57
Remote User: -

Comments

PERDANA MENTERI TIBA UNTUK LAWATAN KERJA DUA HARI KE NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, 12 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang diiringi isterinya Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tiba di sini pagi ini untuk lawatan kerja dua hari ke negeri ini.

Ketibaan mereka di Dewan Majlis Perbandaran Seremban pada pukul 11.15 pagi disambut oleh Menteri Besar Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad serta pemimpin kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Seramai kira-kira 1,000 pemuda bermotosikal yang membawa bendera parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) turut mengiringi ketibaan DrMahathir.

Dr Mahathir yang juga Presiden Umno kemudian mengadakan perjumpaan dan dailog bersama pegawai-pegawai, kakitangan kerajaan dan Kemas negeri di dewan berkenaan dan diikuti majlis jamuan tengah hari.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri akan meletakkan batu asas Sekolah Menengah Agama Daerah Kuala Pilah di Selaru, Kuala Pilah diikuti jamuan malam mesra yang akan dihadiri kira-kira 25,000 orang di Padang NS di sini.

Esok, Dr Mahathir akan merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting, Jempol yang merupakan sekolah menengah Bestari pertama di kawasan Felda.

Perdana Menteri kemudian akan singgah di rumah peneroka Padzillah Md Sawi di No.23, Felda Serting 4 dan bersembahyang Jumaat di Masjid Negeri di sini.

Sebelum berlepas balik ke Kuala Lumpur, beliau dijadual mengadakan perjumpaan tertutup dengan Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Pergerakan Pemuda dan Wanita.-- BERNAMA


Last changed: August 12, 1999