[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

SENARAI PENGUNDI 1998 TIDAK BERSIH

Date: 12 Aug 1999
Time: 02:00:51
Remote User: -

Comments

ULASAN

SPR MENGESAHKAN BAHAWA SENARAI PENGUNDI BAGI TAHUN 1998 YANG DIGUNAKAN DALAM PILIHANRAYA UMUM SABAH AWAL TAHUN INI ADALAH KURANG BERSIH YANG DICEMARI DENGAN BUKAN WARGANEGARA.

ITULAH YANG KITA DAPAT RUMUSKAN DALAM BERITA INI.

============================================================================================================================== Pengundian di pedalaman Sabah mungkin sehari

KOTA KINABALU 11 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya sedang mengkaji kemungkinan mengadakan proses pengundian pada hari pertama sahaja bagi sembilan kawasan pedalaman pada pilihan raya Parlimen akan datang, kata setiausahanya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Pejabat pilihan raya negeri akan membuat kajian untuk melihat sama ada boleh atau tidak, kita gunakan hari pertama untuk tujuan mengundi dan membawa balik peti undi ke pusat perjumlahan undi pada hari kedua," katanya kepada Bernama di sini.

Wan Ahmad berkata perkara itu timbul kerana ia membabitkan peraturan tempoh berkempen bagi calon.

Akta Peraturan Perjalanan Pilihan Raya menetapkan tempoh berkempen tamat 12 tengah malam sebelum hari mengundi.

"Kami mendapati di sesetengah kawasan yang mengundi selama dua hari, calon-calon masih boleh berkempen selepas hari pertama pengundian," kata Wan Ahmad.

Menurut beliau pengundian untuk satu hari sahaja akan menjimatkan kos.

Wan Ahmad berkata pada pilihan raya umum ke-10 kali ini, SPR masih memerlukan perkhidmatan helikopter untuk membawa peti undi ke pusat pengundian dan perjumlahan undi bagi sembilan kawasan yang melibatkan 36 daerah.

SPR juga akan menggunakan bot bagi lima kawasan yang membabitkan 19 daerah mengundi. Sabah mempunyai 20 kerusi Parlimen selain Labuan.

Wan Ahmad juga berkata senarai daftar pemilih Sabah bagi 1999 "terbersih" kerana tidak mengandungi nama rakyat bukan warganegara Malaysia. - Bernama.


Last changed: August 12, 1999