[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Shahidan buat lawak bodoh!

Date: 12 Aug 1999
Time: 04:23:38
Remote User: -

Comments

Shahidan buat lawak bodoh

Semalam aku termenonton TV3 di sebuah restoran di KL-dah agak petang. Kerana dah lama benar tak tengok TV3, cuba-cuba juga pandang ke screen TV. Tiba-tiba keluar gambar temuramah pengacara TV3 dengan Shahidan Kassim MB Perlis Indra Khayalan yang ketika itu sibuk menunggu ketibaan Dato' Azhar Mansor- WIRA DUNIA (??syabas-senangnya dapat gelaran wira dunia).

Baguslah tu, duitkan banyak, perhabiskanlah selagi mampu. Yang aku nak komen ialah, kata Shahidan, semangat Dato' Azhar akan mempengaruhi semangat anak-anak muda Malaysia. Mereka tidak takut lagi, mereka akan berani membuat sesuatu yang sebelum ini mereka takut nak buat. Contoh diberi oleh beliau ialah: kalau dulu mereka takut jadi penyanyi, kini tak takut lagi kalau nak jadi penyanyi. Kalau dulu mereka takut nak jadi pengacara TV, kini mereka tak takut lagi.

Teruknya minda dan hotak pemimpin UMNO! Itu saja ke yang dia ingat? Kenapa tak sebut semangat itu harus ada kepada anak bangsa terutama anak-anak Melayu untuk menjadi saintis sehingga boleh memanjat bulan dan mengkaji khazanah alam di darat maupun dilaut disamping membangunkan bangsa dan tanahair, atau paling bodohpun, anjurkanlah supaya mereka berani menjadi pejuang bangsa yang menentang kerakusan, ketidakadilan dan kezaliman??

Bodoh betul dia ni.

Seperkara lagi, shahidan kata, kerajaan Perlis akan membuat sambutan besar-besarna September nanti sempena menyambut lawatan PM ke Perlis di Stadium di Perlis. Sempena lawatan itu, Pm akan rasmikan Dataran Jalur Gemilang dan Dato' Azhar akan diminta berucap. 40,000 orang dijangkan di"kerah" untuk hadir ke majlis itu. Dan katanya, fikirkanlah berapa banyak kerbu/lembu yang akan dikorbankan untuk jamuan 40,000 orang?

Soalan: 1. Boleh muat ke 40,000 orang dalam Stadium itu?

2. BPR kena siasat- jangan ada duit kerajaan digunakan untuk menampung perbelanjaan yang besar itu nanti. BPR jangan berpihak kepada petualang ini.

3. Jangan jadi seperti lawatan PM ke IPOH yang lalu di mana kanak-kanak tidak bersekolah kerana bas-bas sekolah disewa oleh UMNO untuk mengangkut orang ramai untuk meraikan Mahafiraun. Cuba BPR siasat, benarkah JPJturut mengarahkah bas-bas sekolah ini digunakan untuk tujuan tersebut?? Kementerian Pendidikan berdiam diri sahajakah?

Selamat hari lahir buat DSAI. perjuangan tetap diteruskan!!


Last changed: August 12, 1999