[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

LAWAK TAPI BENAR

Date: 12 Aug 1999
Time: 04:27:23
Remote User: -

Comments

LAWAK TAPI BENAR

Peristiwa ini berlaku di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur seperti yang diceritakan oleh Penyelia Kanan (petang), sdr Din kepada saya.Ia benar-benar berlaku dan tiada penambahan cerita dibuat.

10.8.99 (11.00pagi) Pelajar Tahun 4 -6 diarah masuk ke dewan sekolah. Beberapa orang guru mengendalikan permainan seperti Roda Impian. Bezanya ialah murid-murid yang kena petunjuk anak panah diminta menyanyi samada lagu patriotik, lagu pintar dan sebagainya.

Tiba giliran kepada seorang pelajar Tahun 4 (menurut cikgu Din ni, budak ini ialah anak ahli perniagaan dan tokoh korporat serta emak ayahnya orang UMNO- tak tahulah sekarang). Budak ini kena nyanyi lagu patriotik. Maka diapun menyanyi lagu seperti ini:

Inilah barisan kita Yang ikhlas berjuang Siap sedia berkorban Untuk ibu pertiwi Sebelum kita berjaya Jangan harap kami pulang Inilah sumpah pendekar kita Menuju REFORMASI (masa ini, muka budak ini betul-betul pucat dan menutup mulutnya kerana tidak sengaja menyebut REFORMASI)

Sebaik saja pelajar ini menyebut perkataan Reformasi, gamat satu dewan tersebut melaungkan Reformasi berturut-turutan tanpa dipimpin.

Kata cikgu Din, dia terperanjat dan takut juga. Tetapi seorang guru lain menyuruh pelajar itu teruskan nyanyian. Tetapi kali ini pelajar itu nampaknya sangat berhati-hati dan tersengih-sengih tapi sungguh lucu.

Semasa rehat,pelajar tersebut dikerumuni oleh rakan-rakan yang lain dan mendapat ucapan tahniah. Glamour budak tu sekejap. Kawan-kawannya panggil Mat Reformasi. Cikgu Din sempat berjumpa pelajar itu dan tanya darimana dia dapat lagu itu, kata pelajar tersebut, dia mendengar ketika emaknya bawa ke Taman Melewati semasa perasmian Cawangan Keadilan di Gombak beberapa bulan lalu oleh Datin Seri Wan Azizah. Tapi Cikgu Din sempat nasihatkan pelajar itu supaya berhati-hati menyebut perkataan Reformasi sungguhpun 100% guru-guru di sekolah itu menyokong reformasi.

Nota: sahlah...dulu UMNO sekarang parti Alternatif! Tuduhan mengatakan pelajar dihasut oleh pensyarah di IPTA/S adalah tidak benar, contohnya, analisa sendiri peristiwa di atas. Tak lojik cikgu menghasut pelajar sekolah rendah menentang kerajaan!

11.8.99 (lebih kurang 3.15 petang)

Seorang budak menjerit di tandas dengan kuatnya. Oleh kerana tandas pelajar menghala ke arah pejabat guru, suara tersebut sangat jelas kedengaran.

Seorang cikgu keluar bertanya, mengapa menjerit? Jawab pelajar itu: Ibrahim Ali kacau saya cikgu. Cikgu bingung dan tak faham: Ibrahim Ali? Apa kamu cakap ni?

Pelajar menjawab: tak...katak melompat kat kasut saya.

Nota: sah!!budak sekolah pun menjadi sasaran Al Katakki.


Last changed: August 12, 1999