[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Nasihat Buat Siti Zaharah

Date: 12 Aug 1999
Time: 04:31:30
Remote User: -

Comments

Nasihat Buat Siti Zaharah

Mungkin nasihat ini keterlaluan dan terlalu terbuka. Saya cuba juga untuk berjumpa Dato' Siti secara peribadi, tetapi gagal. Nampaknya talian semuanya ditutup. Tak apalah, mungkin sedang sakit dan kecewa. Biarkan Dato' Siti berehat seketika.

Sejak mendapat berita menerusi media dan laman-laman reformasi, saya percaya Dato'Siti Zaharah sangat bersedih dan kecewa dengan apa yang terjadi. Amat sukar untuk Siti Zaharah mempercayai bahawa kempimpinannya hanya setakat ini sahaja walaupun bersungguh-sungguh menunjukkan kesetiaan kepada PM, sehingga sanggup menggadai norma dan prinsip perjuangan bersama Anwar Ibrahim.

Baiklah, dipendekkan cerita, masa depan saudari sudah gelap di dalam UMNO. Semua pintu nampaknya telah ditutup rapi. Napsiah sudah bersiap sedia dan mendapat restu. Ramai rakan-rakan saudari sendiri telah pergi meninggalkan saudari atas beberapa faktor, faktor sikap saudari, faktor kegolojohan saudari menghentam Anwar dan Wan Azizah, serta faktor kepimpinan yang kosong dalam Wanita UMNO , termasuklah perebutan jawatan dan berpuak-puak yang tak habis-habis.

Siapa lagi tempat saudari bergantung? Tan Sri Khalil Yaakob ke? Tidak- jangan haraplah! Dulu pun, Khalil tidak begitu "favour" kepada saudari untuk melawan Rafidah. Saudari nak harapkan MB Pahang sekarang? Jauh sekali. Takkan Dato' Nan lupa yang saudari membantu megalahkan Zaharah (Bentong) sebagai ketua wanita Bahagiannya. Apatah lagi hubungan saudari dan Dato' Nan memang tidak akrab. Dengan Dato' Najib? Siapalah Dato' Najib di Pahang sekarang ini apabila Mahathir dengan dibantu oleh Daim begitu licik mengatur buah-buah caturnya di Pahang supaya kareer politik Najib lebur. Kerana itulah Dato' Nan kini sudah hilang segan pada Dato' Najib.

Secara ikhlas, dengarlah nasihat saya, letak sahaja jawatan, masuk parti Alternatif. Kalau saudari memilih KeADILan, saya percaya, wanita-wanita UMNO di seluruh negara yang masih diam-diam dan menyokong reformasi secara senyap dan bisu akan berani keluar dari parti secara terang-terang. Saya yakin, perjuangan saudari akan dihargai di saat-saat rakyat menentang kezaliman dan ketidakadilan. Apalah ada pada jawatan yang saudari sandang sekarang, saudari sendiri tahu ianya tak lebih dari satu lakonan Mahathir untuk menunjuk kepada wanita bahawa sumbangan wanita dihargai. Malah, ia lebih kepada kepentingan politiknya semata-mata. Takkan saudari tak tahu bahawa apabila rombongan menemui Mahathir baru-baru ini mendapat restu darinya untuk menentang tindakan saudari itu?? Ia adalah petanda yang sangat menyedihkan buat kareer politik saudari dalam UMNO. Tak payahlah nak berselindung lagi, dan tak payahlah nak menunjuk-nunjuk ketaatan yang membabi tuli itu.

Kalau saudari keluar UMNO, saya yakin, inshaallah, lebih ramai lagi wanita secara terang-terang membantu Wan Azizah memenangi pilihanraya kali ini. Bukankah bersubahat dengan pemimpin yang zalim itu berdosa besar dan tidak mendapat syafaat Rasulullah di akhirat nanti? Tidakkah kita tahu banyak sangat fitnah yang dibuat oleh pemimpin UMNO terutama suku sakat Mahathir demi menjatuhkan Anwar? Mahukah saudari terus bersubahat dengan mereka yang zalim ini? Na'uzubillah!

Fikirkanlah masak-masak, buatlah solat istigharah dan solat sunat banyak-banyak. Mohon petunjuk Allah swt. Semoga Siti Zaharah terus hidup bersama penyokong reformasi.


Last changed: August 12, 1999