[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

SI KEPALA TAIK MUNGKIN UMUM TARIKH SELEPAS LAWATAN INI.

Date: 12 Aug 1999
Time: 04:44:54
Remote User: -

Comments

DR MAHATHIR KE CHINA ERAT HUBUNGAN DUA HALA

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ke Republik Rakyat China (RRC) dari 18 hingga 20 Ogos ini, selain mengeratkan lagi hubungan diplomatik, dijangka menghasilkan lebih banyak projek usahasama antara kedua-dua negara termasuk dalam bidang automobil.

Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata antara usahasama yang akan dibincangkan ialah mengenai pembukaan kilang Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) di salah sebuah provinsi di negara itu.

"Negara China pula berminat memulakan kilang kertas dan pulpa di Sabah," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas menyampaikan syarahan "Hala Tuju Antarabangsa Malaysia di Alaf Baru," di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Bukit Kiara, di sini.

Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali melawat China atas undangan rasmi Perdana Menteri China Zhu Rongji sempena ulang tahun ke-25 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Syed Hamid berkata Perdana Menteri akan melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Jiang Zemin dan pertemuan rasmi dengan Rongji bagi berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai isu dua hala khususnya perdagangan dan pelaburan.

Dr Mahathir juga dijangka menyatakan pendirian Malaysia berhubung dasar Satu China, selain berbincang mengenai krisis ekonomi di rantau ini serta pengalaman Malaysia menanganinya, katanya.

Perdana Menteri juga akan memberi ucaptama di Forum Malaysia-China anjuran ASLI dan menjadi hos jamuan makan malam bagi menyambut ulang tahun ke-25 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Syed Hamid berkata selain beliau, turut menyertai rombongan lawatan Perdana Menteri ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Ling Liong Sik, Menteri Perusahaan Utama Datuk Seri Dr Lim Kheng Yaik, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz, Menteri Pertahanan Datuk Abang Abu Bakar Mustapha, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Osu Sukam dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Syed Hamid berkata Dr Mahathir juga akan melakukan lawatan kerja ke Khabarovsk pada 15 hingga 18 Ogos ini dan ke Buryatia pada 20 hingga 22 Ogos atas undangan Ketua Pentadbiran Wilayah Kahabarovsk Ishaev Victor Ivanovich dan Presiden Buryatia, Leonid Vassilievich Potapov.

Khabarovsk dan Buryatia adalah wilayah-wilayah autonomi Persekutuan Russia.

Beliau berkata di Khabarovsk, Dr Mahathir selain mengadakan perbincangan dengan pemimpin negara itu juga melawat pusat pembinaan pesawat udara Rusia di Komosolmsk dan Na Amur, pusat pembinaan kapal dan industri perkayuan.

Perdana Menteri juga melawat Syarikat Rimbunan Hijau milik Malaysia yang mendapat konsesi pembalakan di sana.

Ketika di Buryatia, Dr Mahathir akan melawat pusat pembinaan pesawat udara dan helikopter di Ulan Ude dan Irkutsk, dan mengadakan perbincangan dengan Presiden negara itu.

Dr Siti Hasmah mempunyai aturcara berasingan termasuk melawat Pertubuhan Wanita Tempatan do Khabarovsk dan Rumah Kebajikan Kanak-kanak di Buryatia.

Pada majlis itu juga Syed Hamid, yang akan melakukan lawatan rasmi ke Albania dan Kosovo awal bulan depan bagi meninjau keadaan pelarian Kosovo di kem pelarian di sana, menerima sumbangan kakitangan Intan berjumlah RM5,717.41 untuk Tabung Barisan Bertindak Kosovo.

Beliau berkata selaras dengan keputusan Jemaah Menteri, semua kutipan derma bagi tabung itu harus disalurkan ke akaun Amanah Sumbangan Kemanusiaan Rakyat Malaysia kepada Pelarian Kosovo supaya disatukan dengan sumbangan kerajaan untuk diserahkan kepada pelarian Kosovo. -- BERNAMA


Last changed: August 12, 1999