[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

BOLEH SIASAT SENDIRI.

Date: 12 Aug 1999
Time: 04:54:22
Remote User: -

Comments

ULASAN

APALAH SUSAK SANGAT UNTUK SIASAT PERKARA INI SEBAB SEMUANYA BERADA DALAM KERAJAAN BARISAN NAJIS.

KITA LIHAT INI TIDAK LEBIH DARIPADA KETANDUSAN IDE PADA UMNO.

INI HANYA SATU GIMIK POLITIK UMNO, ITU AJA!.

APA NAK BUAT? SEMUANYA SERBA TIDAK KENA.

===============================================================

Umno buat laporan polis terhadap koperasi Pas

KUALA LUMPUR, Rabu - Jawatankuasa Petugas Menangani Fitnah Umno hari ini membuat laporan polis terhadap Koperasi Siswazah Berhad (Kosis) yang hanya membuka keahliannya kepada ahli Pas saja.

Laporan itu dibuat di Balai Daerah Gombak, supaya satu siasatan terperinci dijalankan terhadap Kosis, yang kini menarik orang ramai menyimpan dan melabur wang dalam koperasi berkenaan.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Ibrahim Ali, berkata siasatan perlu untuk mengetahui apakah benar Kosis menjalankan pelaburan secara Islam seperti yang didakwa dalam risalah diedarkan kepada orang ramai.

"Kita mahu siasatan bagi mengetahui apakah Jabatan Koperasi memberikan kebenaran kepada Kosis untuk mengehadkan keahliannya kepada ahli Pas sahaja.

"Kita juga ingin mengetahui sama ada wang pelaburan orang ramai dalam Kosis disalahguna atau diselewengkan demi keuntungan pihak tertentu bagi membiayai kegiatan politik Pas," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengikut risalah yang diedarkan itu, Kosis didaftarkan pada 18 Oktober 1994 di bawah Akta Koperasi 1993. Ia ditubuhkan untuk melahirkan hasrat membangunkan sistem hidup Islam di negara ini.

Antara syarat untuk menyertai Kosis pula ialah ahli Pas, setuju dengan kontrak, faham prinsip al-Mudarabah, membiayai pelajar selama tiga hingga empat tahun dan memberi modal sekurang-kurangnya RM1,000.

Ibrahim berkata laporan itu dibuat oleh urusetia jawatankuasa berkenaan, Zawawi Mohd Zin, kerana ia membabitkan kepentingan wang orang ramai dan keutuhan sistem koperasi serta kewangan negara.

Beliau berkata, jawatankuasa itu juga membuat laporan Sabtu lalu mengenai kandungan wawancara khas Ketua Pemuda Pas, Mahfuz Omar, yang disiarkan akhbar tabliod, Warta KL, 3 Jun lalu.

Laporan itu dibuat Ketua Unit Percetakan dan Penerbitan jawatan berkenaan, Mohd Tajuddin Tambi Abdul Wahid di Balai Polis Daerah Sentul, kerana kandungan wawancara itu mengecam kerajaan dengan tuduhan pemimpin Umno sengaja memutarbelitkan isu Malaysian Malaysia untuk mencetuskan semangat perkauman.

Ibrahim berkata, tuduhan Mahfuz dalam wawancara itu tidak mempunyai asas dan berunsur fitnah serta menghina mahkamah bagi mendapatkan keuntungan politik peribadi.

"Saya bimbang sekiranya tuduhan ini sengaja dibuat bagi menghasut rakyat menanam perasaan marah serta benci terhadap Perdana Menteri, kerajaan serta institusi kehakiman dan keadilan negara," katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa itu setakat ini sudah membuat 14 laporan polis dan sudah menfailkan empat kes di mahkamah.

Sementara itu, Ibrahim meminta penyokong parti pembangkang tidak mengganggu ceramah perdana yang dianjurkan oleh jawatankuasa berkenaan di seluruh negara.

"Kita dapati ada penyokong pembangkang khususnya Pas dan Keadilan senjaga membuat provokasi dengan menyorak dan mengeluarkan kata kesat terhadap penceramah Umno.

"Tindakan ini bertentangan dengan matlamat parti itu untuk menubuhkan negara Islam dan tidak mencerminkan masyarakat yang bertamadun," katanya sambil melahirkan rasa puas hati kerana ceramah perdana yang dianjurkan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.


Last changed: August 12, 1999