[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

PENGUNDI MELAYU, SILA AMBIL PERHATIAN.

Date: 12 Aug 1999
Time: 05:03:01
Remote User: -

Comments

ULASAN

WALAU APA PUN TANGGAPAN MENGENAI BERITA INI, IA MENUNJUKKAN BAHAWA KITA HARUS BERSIAP SEDIA UNTUK TIDAK MEMBERIKAN UNDI KEPADA MANA-MANA CALON MCA KHUSUSNYA DALAM KAWASAN YANG MAJORITI ORANG MELAYU.

UMNO INGAT SESUATU KAWASAN YANG MAJORITI ORANG MELAYU AKAN BERPECAH 50:50 DAN UNDI CINA AKAN MENENTUKAN. INI TANGGAPAN BODOH.

============================================================================================================================== MCA puas hati sokongan kaum Cina kepada BN

KUALA LUMPUR, Rabu - Maklum balas yang terima MCA menunjukkan masyarakat Cina berpuas hati dan gembira dengan pelbagai langkah yang diambil kerajaan Barisan Nasional (BN) membangunkan negara.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Dr Ting Chew Peh, berkata masyarakat Cina juga berpuas hati dengan pelbagai langkah yang dilakukan kerajaan dan MCA dalam menangani kegawatan ekonomi.

"Dalam lawatan di kira-kira 300 kampung baru di seluruh negara baru-baru ini, saya mendapat maklumat balas yang cukup menggalakkan serta membanggakan daripada mereka.

"Mereka bangga dengan langkah BN, terutama sekali menghormati ketegasan dan keberanian Perdana Menteri menangani masalah ekonomi kita dan bersuara untuk menentang tekanan luar," katanya selepas mesyuarat mingguan Kabinet di sini, hari ini.

Di Malaysia, terdapat sejumlah 1.7 juta penduduk yang kebanyakan masyarakat Cina mendiami 417 kampung baru.

Mengulas persediaan MCA dalam menghadapi pilihan raya, Dr Ting berkata, ibu pejabat parti itu sudah menubuhkan jawatankuasa dan bilik gerakan bagi peringkat kebangsaan.

Beliau yang baru dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pilihan raya MCA Peringkat Kebangsaan berkata, semua pejabat cawangan MCA sudah diarah menubuhkan jawatankuasa pilihan raya masing-masing dengan segera.

Katanya, maklumat asas seperti bilangan pengundi serta masalah mereka sudah dikumpul dari kesemua 114 kawasan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi calon MCA pada pilihan raya 1995.

"Semua jawatankuasa perhubungan MCA di peringkat negeri dan 165 bahagian parti itu telah diarah menubuhkan jawatankuasa pilihan raya masing-masing," katanya.

Berhubung pemilihan calon, beliau berkata, Jawatankuasa Pusat MCA dalam mesyuarat minggu lepas memutuskan memberi mandat kepada Presidennya, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik, untuk menentukannya.

Oleh itu, katanya, Dr Ling akan berbincang dengan pelbagai pihak termasuk pengerusi perhubungan negeri untuk membuat keputusan memilih nama calon yang sesuai sebelum diperakukan kepada Pengerusi BN iaitu Perdana Menteri sendiri. Ditanya ura-ura beliau sudah menyatakan hasrat berundur dalam pilihan raya umum akan datang, Dr Ting berkata soal itu tidak perlu timbul.

Malah, katanya, apa yang lebih penting ialah semua ahli MCA perlu berkerja lebih kuat bagi memastikan kemenangan besar BN.

"Siapa kata saya tidak akan bertanding? Presiden MCA sendiri belum pernah mengatakan bahawa saya tidak akan bertanding," katanya.


Last changed: August 12, 1999