[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

REFORMASI......REFORMASI....REFORMASI

Date: 12 Aug 1999
Time: 09:42:26
Remote User: -

Comments

Ulasan

NAMPAKNYA SI KEPALA TAIK SURUH KITA REFORMASI. APAKAH DIA SOKONG REFORMASI?...

"Inilah yang dikatakan Melayu Baru, 'Malaysian Baru', yang berani menghadapi cabaran, tidak seperti dahulu, kita rasa kita bangsa yang rendah, yang hina dan tak boleh mencapai apa-apapun," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan kakitangan kerajaan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban di sini.

DIA SILAP.MANUSIA DINILAI DARI SEGI PERIBADINYA DAN AMALANNYA.KITA JUGA BERANI HADAPAN CABARAN UNTUK TUMBANGKAN BARISAN NAJIS.

"Mereka cuma bangsa kerdil yang tidak boleh berbuat apa-apa," katanya. II PANDANGAN TAHUN BERAPA?.....ORANG KAMPUNG PUN TAHU.

"Kemerdekaan tidak bermakna (ada erti) kalau kita hanya meneruskan keadaan kita seperti sedia kala seperti kita dijajah...kemerdekaan tidak ada makna kalau ia tidak mengubahkan nasib kita, bangsa kita, membangunkan negara kita," katanya.

KITA MESTI BANGUNKAN NEGARA DAN BANGSA KITA SECARA TOTAL DAN BUKAN MACAM KERAJAAN BN YANG HANYA PENTINGKAN DUNIA DAN BENDA SAHAJA.

"Inilah perubahan yang telah kita cuba dan kita telah capai sedikit sebanyak...orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun, Murut dan sebagainya, yang menjadi rakyat Malaysia hari ini tidak sama dengan orang-orang dari keturunan ini semasa kita dijajah," katanya.

INI KEJAYAAN RAKYAT BUKAN JASA KERAJAAN BN SAHAJA.

"Tidak benar jika dikatakan mana juga kerajaan akan dapat membangunkan negara kerana negara-negara lain tidak mencapai kemajuan," katanya.

KITA JUGA KATAKAN BAHAWA BUKAN KERAJAAN BN SAHAJA YANG MAMPU. MANA-MANA RAKYAT PUN BOLEH LAKUKAN.

"Ini bukan perkara biasa...kita mencapai kemerdekaan dan kita mencipta cara sendiri untuk membangunkan negara kita," katanya.

INI KEJAYAAN RAKYAT.JANGAN BN DABIK DADA.

"Kalau kita mempunyai kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan pandangan yang jauh ke hadapan, nak mendirikan negara maju sama dengan negara maju yang lain, itu mungkin hanya tinggal cita-cita besar sahaja jika kakitangan yang kekal tidak mampu untuk melaksanakan segala rancangan dan dasar yang dibentuk oleh kerajaan," katanya.

INI SATU PENDAPAT YANG JUMUD KERANA KERAJAAN DI NEGARA-NEGARA MAJU SILIH BERGANTI. RAKYAT PILIH SIAPA YANG LAYAK SAHAJA.

"Kalau hari ini kita ada pendapatan yang tidak begitu buruk, sebabnya ialah kerana kerajaan-kerajaan yang kita pilih sejak kita merdeka memang mempunyai hasrat untuk membangunkan negara dan berusaha sedaya upaya untuk membangunkan negara kita, bukan untuk para pemimpin tetapi untuk rakyat.

OLEH ITU JANGAN INGAT KAMU YANG BERKUASA DAN BOLEH MEMBUAT APA SAJA IKUT NAFSU.

"Percayalah kita tak ada niat untuk mengais segala-galanya untuk diri kita, memperkayakan diri kita...kita tak hidup dalam dunia selama-lamanya, para pemimpin semuanya manusia biasa yang akan meninggal dunia ini, apa gunanya kita tinggal nama yang buruk kerana kita tamak untuk sesuatu," katanya.

INI KITA TIDAK BOLEH TERIMA KERANA JELAS KAMU DAN KERAJAAN KAMU ADALAH DURJANA DAN ZALIMYANG PENTINGKAN DIRI DAN SEKUTU MASING-MASING. ============================================================================================================================== BENTUK PERIBADI RAKYAT MALAYSIA BARU, KATA MAHATHIR

SEREMBAN, 12 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat negara ini perlu membentuk peribadi Melayu Baru dan Rakyat Malaysia Baru yang berani menghadapi cabaran bagi melakukan sesuatu yang boleh mengagumkan dunia dan diri sendiri.

Katanya, pelayar Datuk Azhar Mansor yang berjaya mengelilingi dunia dengan perahu layar Jalur Gemilang adalah contoh terbaik kepada peribadi rakyat Malaysia Baru itu.

"Inilah yang dikatakan Melayu Baru, 'Malaysian Baru', yang berani menghadapi cabaran, tidak seperti dahulu, kita rasa kita bangsa yang rendah, yang hina dan tak boleh mencapai apa-apapun," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan kakitangan kerajaan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban di sini.

Dr Mahathir tiba hari ini dalam rangka lawatan dua hari ke Negeri Sembilan. Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad dan Menteri Penerangan Tan Sri Khalil Yaakob.

Perdana Menteri berkata, kerajaan telah cuba menjalankan pelbagai usaha sejak negara mencapai kemerdekaan untuk membentuk peribadi baru di kalangan rakyat agar mereka mempunyai perasaan yakin pada diri sendiri dan berbangga dengan kebolehan sendiri.

Beliau berkata, sewaktu Malaysia mencapai kemerdekaan, rakyat negara ini terutamanya orang Melayu dan bumiputera yang lain sentiasa melihat orang lain lebih daripada mereka.

"Mereka cuma bangsa kerdil yang tidak boleh berbuat apa-apa," katanya.

Pada ketika itu, mereka tidak yakin boleh melakukan sesuatu yang boleh membanggakan diri, negara dan dunia kerana terlalu lama dijajah sehingga hilang identiti diri dan bersikap rendah diri.

"Kemerdekaan tidak bermakna (ada erti) kalau kita hanya meneruskan keadaan kita seperti sedia kala seperti kita dijajah...kemerdekaan tidak ada makna kalau ia tidak mengubahkan nasib kita, bangsa kita, membangunkan negara kita," katanya.

Sebab itu kerajaan yang ditubuhkan selepas kemerdekaan telah berusaha membangunkan negara dan rakyat serta membentuk rakyat yang mempungai peribadi yang berbeza dengan rakyat negara yang dijajah.

Hakikatnya, kata Dr Mahathir, ialah Malaysia telah berjaya mengubah corak negara ini, statusnya, pencapaiannya dan pembangunannya sehingga dunia terpaksa mengiktiraf bahawa ada sebuah negara bernama Malaysia, yang rakyatnya serba berkebolehan, yang berani bertanding dengan sesiapa sahaja.

"Inilah perubahan yang telah kita cuba dan kita telah capai sedikit sebanyak...orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun, Murut dan sebagainya, yang menjadi rakyat Malaysia hari ini tidak sama dengan orang-orang dari keturunan ini semasa kita dijajah," katanya.

Sekarang ramai di kalangan rakyat sudah menjadi terpelajar, ada kecekapan, dapat mentadbir negara dengan baik, tahu membeza antara baik dan buruk, pandai mengamalkan sistem demokrasi dan tidak menimbulkan huru hara tanpa sebab dalam negara, katanya.

Sebaliknya negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan semasa dengan Malaysia, tidak mencapai kemajuan.

"Tidak benar jika dikatakan mana juga kerajaan akan dapat membangunkan negara kerana negara-negara lain tidak mencapai kemajuan," katanya.

Dr Mahathir berkata bahawa sebelum Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 1989, beliau menjemput ramai Presiden dan Perdana Menteri negara dari Afrika dan Caribbean, yang mencapai kemerdekaan lebih kurang sama dengan Malaysia untuk melawat negara ini, tetapi mereka tidak mahu datang kerana menganggap Malaysia sama dengan mereka.

Bagaimanapun setelah mereka datang menghadiri CHOGM pada tahun 1989, mereka terkejut dan kagum dengan Malaysia yang jauh lebih maju daripada negara mereka dan meminta pula supaya dijemput untuk melawat negara ini untuk belajar pengalaman Malaysia membangunkan negara.

"Ini bukan perkara biasa...kita mencapai kemerdekaan dan kita mencipta cara sendiri untuk membangunkan negara kita," katanya.

Beliau memberi contoh rancangan pembangunan tanah yang dimajukan oleh Felda dan Felcra serta rancangan perindustrian yang dilaksanakan di negara ini yang kesemuanya bertujuan menyediakan peluang kerja serta meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat.

Kini Malaysia telah menceburi bidang industri berat dengan perusahaan kereta nasional serta sudah mempunyai syarikat gergasi milik rakyatnya sendiri dalam bidang industri pembuatan.

Perdana Menteri berkata, kemajuan pesat yang telah dicapai oleh Malaysia adalah hasil usaha kerajaan yang berkebolehan dan kerajaan bukan hanya terdiri daripada para pemimpin yang dipilih oleh rakyat tetapi "kakitangan kerajaan juga adalah kerajaan".

"Kalau kita mempunyai kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan pandangan yang jauh ke hadapan, nak mendirikan negara maju sama dengan negara maju yang lain, itu mungkin hanya tinggal cita-cita besar sahaja jika kakitangan yang kekal tidak mampu untuk melaksanakan segala rancangan dan dasar yang dibentuk oleh kerajaan," katanya.

Rakyat memilih pemimpin sahaja tetapi sama ada kehendak rakyat dapat dilaksanakan bergantung kepada kepimpinan yang mereka pilih itu dan jentera pentadbiran yang mampu melaksanakan segala-gala yang diperlukan untuk membangunkan negara.

Dr Mahathir berkata, Malaysia mewarisi sistem pentadbiran yang baik daripada British dan kerajaan telah memperbaiki sistem itu dengan caranya sendiri bagi meningkatkan kecekapan kakitangannya agar dapat melaksanakan cita-cita besar para pemimpin yang dipilih oleh rakyat.

"Kalau hari ini kita ada pendapatan yang tidak begitu buruk, sebabnya ialah kerana kerajaan-kerajaan yang kita pilih sejak kita merdeka memang mempunyai hasrat untuk membangunkan negara dan berusaha sedaya upaya untuk membangunkan negara kita, bukan untuk para pemimpin tetapi untuk rakyat.

"Percayalah kita tak ada niat untuk mengais segala-galanya untuk diri kita, memperkayakan diri kita...kita tak hidup dalam dunia selama-lamanya, para pemimpin semuanya manusia biasa yang akan meninggal dunia ini, apa gunanya kita tinggal nama yang buruk kerana kita tamak untuk sesuatu," katanya.

Dr Mahathir berharap pegawai dan kakitangan kerajaan melaksanakan dasar dan arahan kerajaan dengan ikhlas dan jujur dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan, walaupun mereka mungkin tidak akan mengundi parti kerajaan, kerana terikat dengan yang lain-lain. -- BERNAMA


Last changed: August 12, 1999