[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

SI AAAAAAAAAAWWWWWWW AMBIL ALIH TUGAS NAJIB/PAK LAH

Date: 12 Aug 1999
Time: 09:48:13
Remote User: -

Comments

ULASAN

NAMPAKNYA SI PONDAN INI BERIYA-IYA SANGAT NAK JUMPA PELAJAR IPT. YANG MENJADI MASALAH ADALAH MEREKA TIDAK MAHU JUMPA DIA SEBAB DIA TIDAK LAYAK. APA KENA MENGENA JAWATAN DIA DENGAN AUKU DAN PENDIDIKAN.INI KERJA NAJIB DAN PAK LAH.

KAMU JAGA PERGERAKAN PEMUDA UMNO SUPAYA JANGAN JADI PONDAN MACAM KAMU. KITA MAHU KAMU JADI BENAR-BENAR ANAK LELAKI DAHULU.

======================================================================================================================================================== PEMUDA UMNO KUMPUL MAKLUMAT BALAS AKTA UNIVERSITI

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pergerakan Pemuda UMNO sedang mengumpul maklumat balas bagi membolehkan ia mengkaji Akta Universiti dan Kolej Universiti yang didakwa menyekat kegiatan mahasiswa, kata pemangku ketuanya Datuk Hishammuddin Tun Hussein hari ini.

Hishammuddin berkata sebarang cadangan untuk meminda akta itu perlu berdasarkan fakta dan maklumat yang dikumpul daripada semua pihak.

"Pemuda UMNO dan pergerakan pemuda parti komponen lain Barisan Nasional dalam proses menemui para mahasiswa (untuk mendapat maklumat balas mereka)," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pergerakan itu di sini hari ini.

Hishammuddin, yang juga Ketua Pemuda BN, mengulas kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Teng Chang Yeow minggu lepas bahawa satu jawatankuasa khas Pemuda BN akan ditubuhkan untuk memberi cadangan kepada kerajaan tentang kemungkinan meminda akta itu.

Persidangan perwakilan Pemuda Gerakan bulan lepas juga meluluskan resolusi meminta kerajaan meminda akta itu bagi membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam politik.

Hishammuddin berkata kesemua parti komponen juga akan cuba mendapatkan maklumat mengenai peruntukan-peruntukan mana di bawah akta itu yang menjadi isu dan tindakan yang boleh dilakukan untuk memperbaikinya.

"Ini akan mengambil masa sedikit, mungkin satu atau dua bulan dengan kerjasama Kementerian (Pendidikan) dan agensi-agensi...," katanya.

Beliau berkata maklumat balas awal yang diterima menunjukkan terdapat majoriti besar yang merasakan kelemahan itu sangat kecil dan boleh diselesaikan dengan penguatkuasaan yang baik dan persefahaman badan-badan penguatkuasaan itu.

"Hanya sekumpulan kecil yang mendakwa terdapat ketidakadilan (dalam akta itu) tetapi ia mesti bersandarkan bukti serta fakta," kata Hishammuddin.

Sementara itu, Hishammuddin bagi pihak pergerakan itu mengucapkan tahniah kepada Datuk Azhar Mansor atas kejayaannya membuat pelayaran solo mengelilingi dunia yang berakhir di Langkawi malam tadi.

Katanya Pergerakan Pemuda UMNO dan BN berkongsi rasa bangga serta manyanjung tinggi kejayaan beliau.

Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada isteri dan anak-anak Azhar atas ketabahan dan kesabaran mereke menghadapi cabaran. -- BERNAMA


Last changed: August 12, 1999