[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

SI KEPALA TAIK BUTA UGAMA

Date: 13 Aug 1999
Time: 02:39:50
Remote User: -

Comments

ULASAN

HANYA SATU AYAT YANG DAPAT MENJELASKAN PANDANGAN SI KEPALA TAIK INI IAITU DIA BUTA UGAMA.

HUDUD: KERAJAAN UTAMAKAN KEADILAN, KATA MAHATHIR

"Yang diutamakan oleh al-Quran dan ajaran Islam ialah keadilan, bukan potong tangan, pancung kepala... banyak ayat Quran yang sebut tentang eadilan dan betapa pentingnya keadilan," kata Perdana Menteri.

DIA BODOH KERANA MEMPERTIKAIKAN HUKUM ALLAH SWT SEOLAH-0LAH ISLAM ADA KEKURANGAN. DIA SENDIRI TIDAK TAHU APA ITU KEADILAN. CONTOHNYA ADALAH DIA LETAK SI ALKATAKI JAGA HAL EHWAL UNDANG-UNDANG.

"Ada yang berkata kenapa tidak, kita kenakan juga hukum hudud kepada bukan Islam... kalau dikenakan juga hukum hudud kepada bukan Islam dan kerana itu huru-hara berlaku di negara kita, sekali lagi kita buat sesuatu yang ditegah oleh agama kita kerana dalam al-Quran disebut bahawa tuhan tidak suka kepada orang yang mencetuskan huru-hara," katanya.

DIA MENGANGGAP BAHAWA KALAU ADAKAN HUKUM HUDUD AKAN BERLAKU HURU HARA. MEMANG DIA BEBAL UGAMA DAN HINA HUKUM ALLAH SWT.

"Dalam negara kita kadang-kadang dua orang berpakat untuk mencuri, seorang Cina, seorang Melayu, mereka mencuri, apabila didapati bersalah, yang Melayu kita potong tangan dan yang Cina dua bulan penjara... kalau tak adil, ia bertentangan dengan Islam," katanya.

KALAU BUKAN BIDANG KAMU JANGAN BERI PANDANGANLAH. INI SATU PANDANGAN YANG SUNGGUH MENGELIRUKAN.

"Walaupun PAS akan mencabar saya, saya berani pertahankan diri saya, agama Islam tidak hendak kita membuat sesuatu yang tidak adil terutama kepada orang Islam," katanya.

DIA CUBA TEGAKKKAN BENANG BASAH. BAHALOL SUNGGUH DIA DALAM BIDANG UGAMA.

"Hukum hudud yang diluluskan oleh Kerajaan Kelantan adalah sebagai satu usaha untuk menimbulkan perasaan serba-salah kepada Kerajaan Pusat...Kerajaan Kelantan tahu bahawa hukum hudud itu tidak boleh dilaksanakan oleh Kelantan melainkan dengan persetujuan Kerajaan Pusat," katanya.

INI MEMBUKTIKAN BAHAWA KERAJAAN PUSATLAH DI BAWAH SI KEPALA TAIK MEMANG TIDAK SOKONG HUKUM HUDUD.

"Kita tidak nak ambil alih sekolah-sekolah ini kerana nak mengindoktrinasikan mereka, untuk mempengaruhi fikiran mereka supaya sokong kerajaan kerana kita tahu kita tidak mampu untuk menghasut mereka atau mempunyai masa untuk menghasut mereka," katanya.

ADALAH BUKAN SATU HASUTAN SEKIRANYA YANG DIBUAT OLEH SI KEPALA TAIK ITU ADALAH JAUH MENYIMPANG DARI JALAN ALLAH SWT.

"Apa salahnya kerajaan ambil alih sekolah-sekolah itu supaya kita dapat sampaikan pelajaran yang mempunyai standard yang diakui oleh kerajaan... lebih ramai daripada pelajar akan dapat manfaat dan kelulusan yang lebih tinggi," katanya.

APA YANG SALAH ADALAH PERKARA INI DICETUSKAN OLEH TINDAKAN POLITIK KERAJAAN SI KEPALA TAIK.

============================================================================================================================== HUDUD: KERAJAAN UTAMAKAN KEADILAN, KATA MAHATHIR

SEREMBAN, 12 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan lebih mengutamakan keadilan dalam isu hukum hudud di negara ini sebagaimana yang dituntut oleh ajaran Islam.

"Yang diutamakan oleh al-Quran dan ajaran Islam ialah keadilan, bukan potong tangan, pancung kepala... banyak ayat Quran yang sebut tentang eadilan dan betapa pentingnya keadilan," kata Perdana Menteri.

Dr Mahathir, yang memberi penjelasan semasa sesi dialog pada perjumpaan dengan kakitangan kerajaan di Dewan MPS di sini hari ini, menyoal sama ada hukum hudud cadangan PAS di Kelantan itu boleh menjamin keadilan.

Beliau berkata, penduduk Malaysia bukan terdiri daripada satu kaum atau menganut satu agama sahaja tetapi pelbagai bangsa yang menganuti pelbagai agama dan hukum hudud tidak boleh dikenakan kepada bukan Islam.

"Ada yang berkata kenapa tidak, kita kenakan juga hukum hudud kepada bukan Islam... kalau dikenakan juga hukum hudud kepada bukan Islam dan kerana itu huru-hara berlaku di negara kita, sekali lagi kita buat sesuatu yang ditegah oleh agama kita kerana dalam al-Quran disebut bahawa tuhan tidak suka kepada orang yang mencetuskan huru-hara," katanya.

Perdana Menteri berkata jika diketahui bahawa percubaan untuk mengenakan hukum hudud kepada orang bukan Islam akan mencetuskan huru-hara dan ia hanya dikenakan terhadap orang Islam sahaja, apakah ia menjamin keadilan.

"Dalam negara kita kadang-kadang dua orang berpakat untuk mencuri, seorang Cina, seorang Melayu, mereka mencuri, apabila didapati bersalah, yang Melayu kita potong tangan dan yang Cina dua bulan penjara... kalau tak adil, ia bertentangan dengan Islam," katanya.

Beliau menegaskan bahawa hukum hudud Islam adalah berasaskan kepada keadilan dan bukan proses.

"Walaupun PAS akan mencabar saya, saya berani pertahankan diri saya, agama Islam tidak hendak kita membuat sesuatu yang tidak adil terutama kepada orang Islam," katanya.

Dr Mahathir menyoal sama ada orang Islam yang tinggal di negara bukan Islam dan menjadi kumpulan minoriti dianggap salah kerana patuh kepada undang-undang bukan Islam di negara itu.

Di Malaysia orang Islam cuma 60 peratus daripada penduduk berbilang kaum dan agama tetapi negara yang penduduknya hampir 100 peratus Islam juga tidak selalu pancung kepala orang atau potong tangan orang, katanya.

Beliau berkata, Islam adalah agama baik dan yang jahat ialah manusia, agama tidak boleh disalahkan.

Bagaimanapun ada orang yang menggunakan agama untuk kepentingan diri dan politik dengan membuat tafsiran agama sehingga menampakkan agama begitu buruk seperti dengan membuat kenyataan bahawa tuhan mencarut.

"Hukum hudud yang diluluskan oleh Kerajaan Kelantan adalah sebagai satu usaha untuk menimbulkan perasaan serba-salah kepada Kerajaan Pusat...Kerajaan Kelantan tahu bahawa hukum hudud itu tidak boleh dilaksanakan oleh Kelantan melainkan dengan persetujuan Kerajaan Pusat," katanya.

Kerajaan Kelantan tidak mahu menjalankan hukum hudud tetapi meluluskan undang-undang itu untuk bermain politik dengan hukum hudud, katanya lagi.

Kepada soalan lain Perdana Menteri menjelaskan bahawa langkah kerajaan untuk mengambil alih sekolah-sekolah agama rakyat di negara ini adalah untuk mengelakkan para pelajar sekolah itu daripada hasutan pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri.

Katanya, kerajaan tidak pula mempunyai niat untuk berbuat perkara yang sama kerana langkah itu tidak menjamin sokongan terhadap kerajaan.

Ini terbukti kerana ada di kalangan orang yang bekerja dengan kerajaan sendiri dan mendapat nikmat dari kerajaan seperti tanah juga tidak menyokong kerajaan.

"Kita tidak nak ambil alih sekolah-sekolah ini kerana nak mengindoktrinasikan mereka, untuk mempengaruhi fikiran mereka supaya sokong kerajaan kerana kita tahu kita tidak mampu untuk menghasut mereka atau mempunyai masa untuk menghasut mereka," katanya.

Kerajaan mahu mengelakkan para pelajar dihasut di peringkat kecil kerana ia akan meninggalkan kesan jangka panjang terhadap mereka sehingga akan menganggap sampai bila-bila bahawa kerajaan adalah musuh dan orang yang tertentu sahaja yang baik.

Kerajaan mengetahui bahawa ada sekolah-sekolah agama rakyat yang melalui proses indoktrinasi dan pelajarnya diajar membenci kerajaan dan menyokong sebuah parti politik tertentu.

Perdana Menteri berkata, agama adalah penting dalam membentuk peribadi manusia dan jika dibenarkan orang yang ada niat lain dari agama menggunakan sekolah agama rakyat untuk menghasut pelajarnya, beliau percaya negara tidak akan mencapai kemajuan.

Selain itu sekolah agama rakyat juga mempunyai banyak kelemahan lain selain seperti pencapaian yang lebih rendah berbanding dengan sekolah agama kerajaan.

"Apa salahnya kerajaan ambil alih sekolah-sekolah itu supaya kita dapat sampaikan pelajaran yang mempunyai standard yang diakui oleh kerajaan... lebih ramai daripada pelajar akan dapat manfaat dan kelulusan yang lebih tinggi," katanya.-- BERNAMA


Last changed: August 13, 1999