[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Oh Tajudin Ramli- God Bless You

Date: 13 Aug 1999
Time: 04:28:20
Remote User: -

Comments

Oh Tajudin Ramli- God Bless You

Selepas melihat press conference Tajudin Ramli di TV semalam, saya dan keluarga terperanjat besar. Itukah dia Tajudin Ramli yang menjadi idola saya selama ini? Lagaknya tak ubah macam Mahathir@Mahafiraun.

Kesian Tajudin Ramli, kalau dulu ketika beliau dihentam hebat kerana perkhidmatan MAS yang buruk, saya salah seorang peminatnya (yang bercita-cita mengikut jejak kakinya sebagai tokoh korporat), telah menghantar surat kepada beliau supaya bersabar dan kuatkan semangat. Itu semua ujian Allah SWT, kata saya. Tetapi saya tidak pasti samada surat saya itu beliau baca.

Semasa saya pergi melakukan umrah beberapa tahun lalu,saya mendapati perkhidmatan MAS yang sangat teruk. Tetapi saya tidak lapurkan kepada media, malah menulis kepada beliau supaya perkhidmatan MAS dapat diperbaiki dari beberapa aspek, termasuk imej dan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap MAS.

Semasa sama-sama menunggu kepulangan Mahathir dari luar negeri yang ketika bercuti selama dua bulan di Subang (ketika itu), saya mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada beliau kerana kesungguhan beliau mempertingkatkan mutu perkhidmatan MAS.

Tetapi, apabila melihat watak-watak angkoh dan sombong seperti semalam, saya ingin katakan kepada Tajudin Ramli; kita boleh merancang dan berusaha namun Allah SWT berkuasa memutus segalanya. Jangan mudah lupa diri dan bersengkongkol dengan mereka yang zalim, pasti akan mendapat balasan yang sewajarnya.

Sayonara!


Last changed: August 13, 1999