[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Kerajaan Tunduk Atas Desakan Parti Alternatif/Rakyat

Date: 13 Aug 1999
Time: 05:12:10
Remote User: -

Comments

Ulasan

KITA BERSYUKUR KERANA KERAJAAN MEMBATALKAN PERKARA INI TAPI MUNGKIN SELEPAS PILIHANRAYA JADI LAIN.

INI SEMUA AKIBAT TEKANAN HEBAT PARTI-PARTI ALTERNATIF DAN RAKYAT.

KITA MESTI TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK MEMBENAM KERAJAAN BARISAN NAJIS YANG TERNYATA MENYIKSA JIWA RAKYAT. MEREKA SEZALIM-ZALIM MANUSIA.

============================================================================================================================== KERAJAAN BATAL CADANGAN PENGKORPORATAN PERKHIDMATAN HOSPITAL

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Kerajaan mengambil keputusan membatalkan cadangan pengkorporatan perkhidmatan penjagaan kesihatan di hospital dan klinik, kata Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meing hari ini.

Katanya keputusan itu dibuat oleh Kabinet pada mesyuaratnya Rabu lepas setelah mengambil kira kemampuan perkhidmatan kesihatan yang disediakan yang sudah berada pada tahap baik dan diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia.

"Keputusan itu juga dibuat setelah mengambil kira cadangan dan pandangan semua pihak terutamanya pemimpin masyarakat dan kerajaan daripada peringkat bawah hingga atas," katanya pada persidangan media di kementerian itu di sini.

Bagaimanapun Chua menegaskan pembatalan itu dibuat bukan kerana tekanan dan dakyah parti pembangkang berhubung cadangan pengkorporatan itu.

Ia juga bukan gimik politik menjelang pilihan raya umum, kata beliau sebagai menjawab pertanyaan pemberita.

Chua berkata dakyah pembangkang kononnya kerajaan akan menswastakan perkhidmatan kesihatan di hospital dan klinik kerajaan dengan mengaitkan nama-nama syarikat tertentu, adalah tidak benar sama sekali, dan rakyat tidak harus terpengaruh dengannya.

Menurut beliau, sekiranya pengkorporatan itu dilaksanakan di kira-kira 3,000 hospital, klinik dan poliklinik awam, kerajaan akan terus membiayai perkhidmatan seperti yang dilakukan pada Institut Jantung Negara (IJN) yang dikorporatkan pada 1993.

Katanya, pengkorporatan perkhidmatan kesihatan kerajaan adalah satu cadangan sahaja dan kajian ke arah itu telah dilaksanakan sejak 1985 oleh sebuah syarikat perunding yang dilantik oleh Unit Perancang Ekonomi.

Menurutnya, semua perbelanjaan dan kos kajian itu akan ditanggung oleh kerajaan.

Chua berkata berikutan pembatalan cadangan pengkorporatan itu, Kementerian Kesihatan akan berusaha ke arah meningkatkan lagi mutu perkhidmatan khususnya dalam penyediaan latihan terhadap doktor dan jururawat kerajaan.

"Langkah-langkah inovatif perlu diambil bagi memastikan sistem perkhidmatan kesihatan negara dan ini termasuk pengurusan yang lebih fleksibel serta membolehkan tindakbalas organisasi yang pantas bagi menyokong penyampaian perkhidmatan yang terbaik di semua peringkat," katanya.

Katanya, kerajaan sentiasa mengambil kira kepentingan kesihatan rakyat malah bagi tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh kerajaan memperuntukkan RM5.6 bilion untuk pembinaan 30 buah hospital baru di seluruh negara.

Apabila ditanya sama ada kerajaan akan menaikkan kadar bayaran untuk perkhidmatan kesihatan, Chua berkata setakat ini kerajaan tidak bercadang melakukannya.

"Perkhidmatan kesihatan kerajaan disifatkan yang terbaik di kalangan negara-negara membangun malah sistem penjagaan kesihatan di negara ini adalah yang komprehensif, mudah diperolehi, diberi dan disediakan kepada masyarakat dengan kos berpatutan serta mampu dibiayai rakyat," katanya.

Beliau berkata, perbelanjaan kesihatan Malaysia hanya kira-kira tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding negara lain termasuk Amerika Syarikat sebanyak 14 peratus. -- BERNAMA


Last changed: August 13, 1999