[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

SI KEPALA TAIK KATA PAS MUNAFIK

Date: 13 Aug 1999
Time: 05:29:40
Remote User: -

Comments

ULASAN

INILAH DIA SI KEPALA TAIK YANG SUDAH SEPERTI ORANG GILA DAN TIDAK SIUMAN LAGI. KITA KASIHAN TENGOK DIA JADI BEGINI. APA BOLEH BUAT? DIA SUDAH DESPERATE. DIA SUDAH TAKUT. DIA AKAN HILANG KUASA.

"Yang anehnya sementara pemimpin PAS menyuruh penyokong menghantar anak mereka ke sekolah agama rakyat milik PAS, anak orang PAS sendiri pergi ke sekolah kerajaan untuk menuntut ilmu untuk mendapat tempat dan sebagainya," katanya ketika berucap merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Bestari Bandar Baru Serting di sini hari ini.

INI SATU PEMBOHONGAN KERANA AHLI PAS BUKAN SERAMAI ITU UNTUK HANTAR KE SEKOLAH TERSEBUT.

"Jangan sesiapa berkata bahawa sekolah bestari ini tidak perlu kerana ajarannya adalah sekular. Ia bukan ajaran sekular, ia adalah ajaran yang diperlukan untuk umat Islam mempertahankan agama Islam, negara Islam dan umat Islam sendiri," katanya.

APA PULAK? KALAU SEKOLAH ITU SEKULAR, SEKULARLAH. ITU AJA!! SIAPA KATA SEKOLAH AJAR ILMU UGAMA SAJA. ITU PANDANGAN MELESET.

"Pemberian (tanah rancangan) ini adalah satu hadiah yang kita sampaikan kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang tidak ada tanah. Memang benar pemberian ini adalah nikmat dari Allah, tetapi Allah menentukan kerajaan ini menyampaikan projek ini kepada kita," katanya.

KAMU SILAP. KAMU INGAT TANAH ITU KAMU PUNYA. INI YANG TIDAK BETUL.

"Kalau kita perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad dan tidak semata-mata bersyukur kepada Allah, sudah tentu dalam kehidupan seharian apabila kita menerima sesuatu, kita perlu berterima kasih kepada orang yang menyampaikan sesuatu kepada kita walaupun ia adalah nikmat daripada Allah," katanya.

INI SATU PEMBOHONGAN KERANA PAS TIDAK KATA BEGITU. KAMU YANG KATA SURUH SYUKUR KEPADA KAMU.

"PAS mengajar orang Felda supaya jangan berterima kasih kepada kerajaan yang memberi kepada mereka, orang Felda sebaliknya (disuruh) hanya bersyukur kepada Allah dan menolak orang yang menyampaikan nikmat ini, bukan sahaja menolak tetapi memaki, mencerca, melempar fitnah terhadap mereka," katanya.

KAMU JUGA TIDAK TAHU APA ITU BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASEH. MEMANG KAMU BUTA UGAMA.

"Sila tunjuk wahai Nik Aziz, wahai Fadzil Noor, yang terpelajar dalambidang agama, sila tunjuk di mana ada ajaran yang semacam ini," katanya. Perdana Menteri berkata PAS menamakan parti itu parti Islam semata-mata untuk mengabui mata umat Islam dan ia memperalatkan pegangan kuat orang Islam kepada agama untuk menghasut dan mengajar perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

JANGAN KAMU CABAR. JANGAN KAMU HINA ULAMAK. LEBIH-LEBIH LAGI PADA HARI JUMAAT. KAMU AKAN TERIMA BALA.

"Saya tidak marah kepada ahli PAS, cuma minta mereka kembali kepada ajaran Islam yang sebenar," katanya.

BODOH PUNYA CAKAP. ORANG PAS KETAWAKAN KAMU YANG KELIHATAN SEPERTI CACING KEPANASAN. ============================================================================================================================= PEMIMPIN PAS HIPOKRIT, KATA MAHATHIR

BANDAR BARU SERTING (NEGERI SEMBILAN), 13 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata pemimpin PAS adalah hipokrit atau munafikkerana menyebarkan ajaran yang tidak betul untuk kepentingan diri.

Perdana Menteri berkata, mereka mempunyai rancangan jangka panjang untuk terus mendapat sokongan dan undi daripada anak-anak penyokong parti itu dengan menyuruh mereka menghantar anak-anak masing-masing ke sekolah agama rakyat milik PAS.

"Yang anehnya sementara pemimpin PAS menyuruh penyokong menghantar anak mereka ke sekolah agama rakyat milik PAS, anak orang PAS sendiri pergi ke sekolah kerajaan untuk menuntut ilmu untuk mendapat tempat dan sebagainya," katanya ketika berucap merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Bestari Bandar Baru Serting di sini hari ini.

Ia adalah sekolah bestari pertama di rancangan tanah Felda di negara ini. Yang turut serta pada majlis itu ialah Menteri Besar Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad, Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Penerangan Tan Sri Khalil Yaakob.

Dr Mahathir menyangkal dakwaan PAS kononnya ilmu pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah kerajaan adalah sekular sebaliknya ia adalah ilmu yang dikehendaki oleh Islam sebagai fardu kifayah agar umat Islam dapat melindungi agama dan umat Islam daripada serangan musuh.

"Jangan sesiapa berkata bahawa sekolah bestari ini tidak perlu kerana ajarannya adalah sekular. Ia bukan ajaran sekular, ia adalah ajaran yang diperlukan untuk umat Islam mempertahankan agama Islam, negara Islam dan umat Islam sendiri," katanya.

Umat Islam perlu menguasai ilmu dalam bidang matematik, sains, teknologi dan sebagainya ke arah meningkatkan keupayaan umpamanya bagi mencipta senjata moden bagi mempertahankan agama dan ummah.

Jika PAS mendakwa ilmu-ilmu itu adalah sekular, bermakna PAS mahu umat Islam selalu tunduk kepada musuh dan tidah berupaya menahan diri daripada dijajah oleh musuh itu, katanya.

Dr Mahathir juga berkata bahawa peneroka Felda wajar berterima kasih kepada kerajaan kerana mendapat nikmat dan faedah daripada projek rancangan tanah itu dan tidak harus terpedaya dengan hasutan PAS untuk menentang kerajaan.

Hasutan PAS bahawa mereka tidak harus berterima kasih kepada kerajaan bukan merupakan ajaran Islam, katanya.

"Pemberian (tanah rancangan) ini adalah satu hadiah yang kita sampaikan kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang tidak ada tanah. Memang benar pemberian ini adalah nikmat dari Allah, tetapi Allah menentukan kerajaan ini menyampaikan projek ini kepada kita," katanya.

Dr Mahathir berkata Allah mengutuskan Nabi Muhammad untuk menyebarkan Islam kepada orang Arab jahiliyah walaupun tuhan sendiri berkuasa untuk menjadikan orang jahiliyah itu Islam dan untuk itu umat Islam berterima kasih kepada Nabi Muhammad.

"Kalau kita perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad dan tidak semata-mata bersyukur kepada Allah, sudah tentu dalam kehidupan seharian apabila kita menerima sesuatu, kita perlu berterima kasih kepada orang yang menyampaikan sesuatu kepada kita walaupun ia adalah nikmat daripada Allah," katanya.

Islam tidak mengajar umatnya supaya menggigit tangan, memukul dan memaki orang yang telah memberi sesuatu kepadanya, sebaliknya cuma sekadar bersyukur kepada Allah.

"PAS mengajar orang Felda supaya jangan berterima kasih kepada kerajaan yang memberi kepada mereka, orang Felda sebaliknya (disuruh) hanya bersyukur kepada Allah dan menolak orang yang menyampaikan nikmat ini, bukan sahaja menolak tetapi memaki, mencerca, melempar fitnah terhadap mereka," katanya.

Dr Mahathir mencabar pemimpin-pemimpin PAS yang mendakwa diri sebagai ulama, sama ada benar bahawa tidak berterima kasih kepada orang yang menyampaikan nikmat itu merupakan sebahagian daripada ajaran Islam.

"Sila tunjuk wahai Nik Aziz, wahai Fadzil Noor, yang terpelajar dalambidang agama, sila tunjuk di mana ada ajaran yang semacam ini," katanya. Perdana Menteri berkata PAS menamakan parti itu parti Islam semata-mata untuk mengabui mata umat Islam dan ia memperalatkan pegangan kuat orang Islam kepada agama untuk menghasut dan mengajar perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Katanya PAS juga telah menyebabkan orang Melayu dan umat Islam di negara ini berpecah belah kerana sebelum ada parti itu, orang Melayu dan umat Islam bersatu.

Dr Mahathir berkata anggota PAS perlu menyedari hakikat bahawa parti itu telah memperalatkan Islam untuk kepentingan politik sehingga sanggup memberikan tafsiran yang salah mengenai ajaran Islam.

"Saya tidak marah kepada ahli PAS, cuma minta mereka kembali kepada ajaran Islam yang sebenar," katanya.

Perdana Menteri yakin rakyat negara ini akan menggunakan kebijaksanaan mereka dengan menyokong dan memberi kemenangan majoriti dua pertiga kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang. -- BERNAMA


Last changed: August 13, 1999