[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

INI PULA JAWAPANNYA!!!

Date: 13 Aug 1999
Time: 05:37:45
Remote User: -

Comments

Ulasan

INI SATU LAGI BUKTI BETAPA TERUKNYA PEMIMPIN KERAJAAN BARISAN NAJIS. INILAH DIA SATU ANCAMAN KEPADA EZZAM.

APA ITU DOKUMEN RAHSIA? APAKAH DOKUMEN-DOKUMEN YANG MEBUKTIKAN RAFIDAH LAKUKAN RASUAH DIANGGAP RAHSIA? INI TIDAK BETUL.

SIAPA SALAH KITA MESTI AMBIL TINDAKAN TIDAK KIRA SIAPA. DAN SURAT-SURAT AHLI KORPORAT YANG MEMBUKTIKAN KRONI-KRONI MERASUAH DAIM. INI SEMUA BUKTI.

WAHAI RAKYAT, SEDARLAH BAHAWA NEGARA KITA SEDANG TENAT DICENGKAM OLEH BUDAYA KOTOR SI KEPALA TAIK.

KITA MESTI LAKUKAN REFROMASI UNTUK TEGAK KEBENARAN DAN KEADILAN.

============================================================================================================================== ORANG BAWA KELUAR DOKUMEN RAHSIA KERAJAAN PERLU HADAPI RISIKO

KOTA TINGGI, 13 Ogos (Bernama) -- Individu atau parti yang membawa keluar dokumen-dokumen rahsia kerajaan perlu berhadapan dengan risiko di atas tindakan mereka, kata Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Katanya dokumen-dokumen sedemikian bukan hak persendirian dan tidak harus disimpan di tempat-tempat persendirian atau dibawa keluar negara.

"Semua dokumen kerajaan adalah hak kerajaan. Mereka awal-awal lagi dah melakukan kesalahan di sisi undang-undang kerana bawa keluar dokumen yang tidakpun dikategorisemula sebagai bahan bukan rahsia kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian benih buah-buahan di Kampung Tersusun Tuan Seh, Tanjong Sedili di sini hari ini.

Syed Hamid yang juga anggota Parlimen Kota Tinggi bagaimanapun enggan menyatakan bentuk tindakan yang akan diambil.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mohamad Ezam Mohd Nor, bekas setiausaha politik bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Anwar menyimpan dokumen-dokumen kerajaan di luar negara. Ketika mengadakan ceramah di Kampung Gajah, Perak, Ezam mengesahkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad beberapa hari lepas bahawa Anwar menyimpan dokumen-dokumen kerajaan di luar negara.

Syed Hamid berkata sepatutnya Ezam yang juga Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional mengembalikan semula dokumen-dokumen itu jika beliau seorang yang bertanggungjawab dan setia kepada negara.

Ditanya kemungkinan Kementerian Luar mengambil langkah mendapatkan semula dokumen-dokumen itu, Syed Hamid berkata buat masa ini ia sukar dilakukan kerana tidak dapat dipastikan tempat ia disimpan.

Tujuan mereka membawa keluar dokumen-dokumen itu supaya negara terancam dan menyebabkan keadaan yang membolehkan ia dikuasai. Kita syak mereka menyimpan di luar apabila mereka mula membuat beberapa laporan polis, katanya.

Syed Hamid berkata ia juga jelas membuktikan Anwar dan penyokong-penyokongnya rela menggunakan negara luar bagi mencapai cita-cita politik mereka dan membelakangkan kepentingan negara sendiri.

Katanya kerajaan tidak membuat tuduhan itu tetapi ia disahkan sendiri melalui pengakuan Mohamad Ezam.

Ketika ditanya sama ada ini membuktikan Anwar bersubahat dengan kuasa-kuasa luar, Syed Hamid berkata: "sama ada kerjasama langsung atau tak langsung adalah sesuatu yang perlu difikirkan bersama-sama." -- BERNAMA


Last changed: August 13, 1999