[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

PADA DIA HANYA BENDA, BENDA, BENDA

Date: 13 Aug 1999
Time: 05:42:55
Remote User: -

Comments

ULASAN

NAMPAKNYA RAKYAT TERUS DIHINA PEMIMPIN BARISAN NAJIS SEOLAH-OLAH MEREKA PENGEMIS MURAHAN.

KITA AKUI KEMUDAHAN ASA PENTING. TAPI TAKKAN SELEPAS BEGITU LAMA MERDEKA, INI MASIH LAGI SATU ISU UTAMA. KALAU BENAR MAKA INI SATU BUKTI KERAJAAN GAGAL.

PADA RAKYAT RASUAH, KRONISMA DAN NEPOTISME ADALAH ANCAMAN KEPADA NEGARA. IA PERLU DIBANTERAS.

JANGAN INGAT RAKYAT KELABU MATA.

============================================================================================================================== KEMUDAHAN AWAM MENJADI MASALAH UTAMA PENGUNDI, KATA TING

IPOH, 13 Ogos (Bernama) -- Soal mengenai kemudahaan awam menjadi perkara utama yang sering dibangkitkan oleh pengundi di peringkat akar umbi, kata Setiausaha Agung MCA, Datuk Dr Ting Chew Peh hari ini.

Katanya, kajian yang dijalankan oleh partinya melalui laporan bulanan kesemua 103 wakil rakyat MCA di seluruh negara mendapati kebanyakan sungutan ialah mengenai kemudahan awam yang tidak sempurna.

"Berdasarkan maklumat itu, kami akan mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab di peringkat negeri atau pusat, dan tindakan selanjutnya menjadi tanggungjawab wakil-wakil MCA dalam exco kerajaan negeri atau di peringkat kementerian," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan suratkhabar Cina percuma kepada SRJK (C) Phui Ying, Simpang Pulai di sini, hari ini.

Ting yakin cara demikian dapat mengatasi masalah tersebut dengan cepat, manakala janji-janji pilihan raya terutama projek-projek bernilai besar yang tidak dapat dijalankan kerana kegawatan ekonomi akan dijelaskan secara terus terang kepada pengundi.

Beliau berkata selain wakil rakyat, para pemimpin parti juga semasa lawatan ke seluruh negara akan mengambil peluang memberi penjelasan dan mendapatkan maklum balas.

Ting berkata usaha itu pasti dapat mewujudkan kerjasama antara kedua pihak.

Malah MCA juga telah menubuhkan jawatankuasa khas dan jawatankuasa pemandu di semua bahagian dan negeri bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Katanya, jawatankuasa pilihan raya kawasan Parlimen beliau di Gopeng telah memulakan gerakan tanpa menunggu pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengenai tarikh pilihan raya umum.

Beliau berkata MCA yakin dengan usaha yang dijalankan terutama dalam bidang pendidikan dan penjelasaan mengenai kegawatan ekonomi, ia akan dapat memastikan para pengundi menyedari usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Katanya, walaupun parti saingan tradisi MCA ialah DAP, tetapi dengan kemunculan parti Keadilan dan gabungan parti pembangkang yang menggelar diri sebagai Barisan Alternatif, parti itu tidak akan "memberi peluang" kapada mereka pada pilihan raya akan datang. -- BERNAMA


Last changed: August 13, 1999