[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

LAGI SEBAB KITA MESTI JATUHKAN BN

Date: 13 Aug 1999
Time: 05:46:29
Remote User: -

Comments

ULASAN

KATA-KATA NAJIB INI MEMBUKTIKAN BAHAWA MEREKA TOLAK ISLAM. MEREKA TETAP SEKULAR. MEREKA TIDAK SENANG HATI DENGAN KEPUTUSAN MAHKAMAH. MALAH MEREKA BOLEH DIANGGAP MENGHINA MAHKAMAH.

APA YANG NAK SIBUK?....ADAKAH KITA KATAKAN BAHAWA KITA AKAN DAKWA KAUM SIKH KALAU MEREKA TIDAK BUKA SERBAN MASING-MASING. KALAU MEREKA BOLEH MENGAPA ORANG ISLAM TAK BOLEH PAKAI SERBAN?

============================================================================================================================== KEMENTERIAN PENDIDIKAN KAJI KEPUTUSAN MAHKAMAH

BANDAR BARU SERTING, 13 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pendidikan akan mengkaji keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang mengisytiharkan penyingkiran tiga murid Sekolah Kebangsaan Felda Serting, Jempol yang dibuang sekolah kerana memakai serban dua tahun lepas sebagai tidak sah dan batal.

Menteri berkenaan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kementerian perlu meneliti terlebih dahulu keputusan hakim untuk sama ada membuat rayuan atau tidak.

"Kita tetap menghormati keputusan mahkamah dan dalam pada itu, kita pun ada hak untuk membuat rayuan kepada mahkamah. Di samping itu, kita akan memikirkan soal peraturan dan sebagainya tetapi kita kena ambil kira keputusan mahkamah dahulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting, Jempol, oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, di sini, hari ini.

Beliau mengulas keputusan hakim Datuk Mohd Noor Abdullah pada 6 Ogos lepas yang mendapati guru besar sekolah itu tiada kuasa melarang ketiga-tiga murid berkenaan, Meor Atiqulrahman al-Safiq Ishak, 13, Syed Abdullah Khaliq Aslamy Syed Ahmad Johari, 11, dan Syed Ahmad Syakur Dihya Syed Ahmad Johari, 10, memakai serban di sekolah.

Najib berkata bagaimanapun kementerian setakat ini belum membuat apa-apa keputusan.

"Kita hanya akan membuat keputusan setelah mengkaji secara terperinci keputusan yang dibuat oleh hakim itu," katanya.

Mengenai implikasi penggunaan serban itu, Najib berkata kementerian sedar mengenai perkara itu dan sedang mengkajinya.

Najib juga berkata Kementerian Pendidikan dalam proses membuat perancangan untuk meningkatkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh negara.

"Saya sudah menulis kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk mendapatkan pandangan dan cadangan mereka dari segi hasrat kementerian dan kerajaan untuk sama ada mengambil alih sekolah-sekolah menengah agama negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat atau pun memberi bantuan modal kepada sekolah-sekolah ini.

"Saya kini sedang menunggu maklum balas daripada semua kerajaan negeri sekarang ini," katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 13, 1999